Tular iklan rumah dipercayai milik Farid Kamil bakal dilelong lebih RM500,000?

9 Jan 2025 • 8:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, tular iklan rumah dipercayai milik aktor terkenal, Farid Kamil dikatakan bakal dilelong dengan harga lebih dari setengah juta.

Hal ini susulan beberapa posting di media sosial berkenaan iklan lelongan tersebut yang bakal dilakukan pada 22 hingga 25 Januari nanti.

image is not available

Tular iklan rumah bakal dilelong di Jenjarom

Memetik laporan dari Mstar, rumah teres di Bandar Saujana Putra, Selangor itu dikatakan milik aktor terbabit susulan perkongsian maklumat lengkap tentang kediaman itu.

image is not available

Tular iklan rumah dikatakan milik Farid Kamil?

Walau bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada kediaman tersebut adalah milik Farid Kamil ataupun individu yang mempunyai nama yang sama.

image is not available

Difahamkan, rumah yang berkeluasan 1,760 kaki persegi itu berada di bawah kepemilikan Bumiputera dan telah dibeli pada tahun 2011.

Kediaman tersebut dikatakan akan dilelong bermula harga RM522,000 pada tarikh yang sudah dimaklumkan.