Tular Isu Khemah, MPPD Sita ‘Khemah Biru’ Pantai Teluk Kemang

Entertainment
9 Oct 2024 • 3:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak minggu lepas, kecoh di media sosial mengenai suasana pantai Teluk Kemang, Port Dickson yang dipenuhi dengan khemah berwarna biru sehingga pantai tersebut digelar ‘Teluk Khemah’.

Difahamkan, khemah berkenaan dimiliki oleh individu yang menjalankan perniagaan sewa khemah khusus buat pengunjung pantai itu.

Bukan setakat itu sahaja, pengunjung juga berasa hairan dengan pemilik khemah sewa yang masih teguh berdiri walaupun sudah ditegur keras oleh EXCO kerajaan negeri.

image is not available

MPPD sita ‘khemah biru’

Terbaharu, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melaporkan sudah menyita khemah sewa di sekitar kawasan pantai yang menjadi tumpuan pengunjung hujung minggu.

MPPD dalam kenyataan di Facebook memaklumkan sebanyak sembilan unit khemah biru yang dipasang tanpa penyewa telah disita.

Tindakan itu adalah hasil operasi pemantauan dan kawalan khemah biru di pantai berkenaan oleh anggota penguat kuasa MPPD pada 5 dan 6 Oktober lepas.

“Hasil pemantauan tersebut, sembilan unit khemah bersaiz 10’x10′ yang dipasang tanpa penyewa telah disita. Tindakan penguatkuasaan seperti ini dijalankan secara berkala dan berterusan.”

image is not available

image is not available

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan akan berbincang dengan pengusaha khemah di sekitar Pantai Telok Kemang dalam waktu terdekat, susulan isu deretan khemah sewa di kawasan itu yang didakwa mengganggu pemandangan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon berkata pelbagai aspek akan dinilai sebelum membuat keputusan memandangkan kebanyakan pengusaha telah lama beroperasi dan menjalankan perniagaan di situ.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.