Tular isu sembelihan ayam, polis sahkan terima laporan daripada syarikat

LocalFood
21 Oct 2026 • 3:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tular isu sembelihan ayam, polis sahkan terima laporan daripada syarikat
Tular tangkap layar rakaman video penstriman langsung di TikTok berhubung dakwaan seorang pembekal ayam di Kuala Lumpur tidak menyembelih ayam tersebut, sebaliknya mencampakkannya ke dalam air panas hidup-hidup.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan dibuat sebuah syarikat yang mengaitkan dengan dakwaan aktiviti penyembelihan ayam secara tidak halal seperti yang tular di media sosial pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, laporan diterima pihaknya kira-kira jam 9 malam.

"Kes dirujuk kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum itu, syarikat terbabit memaklumkan bahawa aktiviti penyembelihan yang ditunjukkan dalam video berkenaan tidak melibatkan syarikat mereka mahu pun mana-mana cawangannya.

Pihak pengurusan syarikat itu menjelaskan, kenyataan itu bertujuan mengelakkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan orang awam, pelanggan serta pihak berkaitan.

Baru-baru ini, tular tangkap layar rakaman video penstriman langsung di TikTok berhubung dakwaan seorang pembekal ayam di Kuala Lumpur tidak menyembelih ayam tersebut, sebaliknya mencampakkannya ke dalam air panas hidup-hidup.

Susulan itu, Jakim mengesahkan sedang melaksanakan siasatan menyeluruh terhadap sebuah syarikat susulan isu tular sembelihan ayam.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved