Tular Jalan Mendap Di KL Cuma Baiki Paip Bocor, Bukan Lubang Benam

Entertainment
23 Sep 2024 • 6:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini tular satu video yang menujukkan satu kawasan mendap di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Video berdurasi 10 saat menunjukkan persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan di pusat bandar telah ditutup kerana terdapat air yang mengalir dari bawah tanah.

Tambahan pula, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga boleh dilihat di tempat kejadian, bagaimanapun, ia bukanlah ‘lubang benam’ seperti yang didakwa .

Jalan itu sebenarnya ditutup kepada orang ramai kerana paip pecah, dengan kerja-kerja pembaikan dijangka siap lewat malam ini.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif menerusi NST menolak dakwaan bahawa terdapat satu lagi lubang benam di Jalan Sultan Ismail.

“Menurut laporan Air Selangor, terdapat kebocoran paip air dan kerja pembaikan sedang dijalankan. Ia bukan lubang benam.”

Bahkan, menurut Air Selangor, kerja baik pulih yang bermula dari jam 9.15 pagi tu dijangka selesai dalam 9.15 malam ini. Kawasan terjejas termasuk Jalan Pinang, Jalan Stonor, Jalan P. Ramlee, Jalan Kia Peng, Jalan Perak, Jalan Conlay, Jalan Sultan Sulaiman, Changkat Kia Peng, Jalan Sultan Ismail dan Persiaran Stonor.

Sumber : NST, Reddit

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.