Tular Jokowi Tadah Tangan Ketika Majlis Pengebumian Pope Francis, Ini Respon PU Syed [Video]

LocalPolitics
29 Apr 2025 • 12:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Prinsip di dalam agama Islam amat menekankan kepentingan adab dan hubungan baik dengan semua manusia tanpa mengira agama.

Susulan itu, Islam tidak menghalang umatnya untuk menziarahi orang non-Muslim yang meninggal dunia sekiranya niatnya adalah untuk menunjukkan akhlak yang baik dan menjaga hubungan kemanusiaan.

Bagaimanapun, ia pasti akan menimbulkan kekeliruan di dalam kalangan umat Islam mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika hadir di majlis pengebumian.

Tular Jokowi tadah tangan ketika ziarah jenazah Paus Francis

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo dilihat menadah tangan semasa menghadiri upacara pengebumian untuk memberi penghormatan terakhir kepada Mendiang Pope Francis (Paus Francis) pada Sabtu lalu (26 April).

Menerusi klip rakaman semasa kejadian yang sohor di media sosial, ramai individu yang mempersoal mengenai tindakan Jokowi itu memandangkan beliau seakan sedang berdoa.

Perkara terbabit sekali gus menimbulkan persoalan ramai mengenai hukum sekiranya orang Islam berdoa kepada orang bukan Islam yang sudah meninggal dunia.

Haram orang Islam doakan keampunan kepada jenazah bukan Islam

Pendakwah bebas, PU Syed turut tampil memberi responnya berhubung tindakan Jokowi semasa menziarahi jenazah Paus sebelum dikebumikan

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Syed berkata hukum orang Islam mendoakan keampunan kepada jenazah orang bukan Islam adalah haram berdasarkan surah al-Taubah ayat 113.

مَا كَانَ لِلنَّبِىِّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَن يَسْتَغْفِرُوا۟ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوٓا۟ أُو۟لِى قُرْبَىٰ مِنۢ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَـٰبُ ٱلْجَحِيمِ

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.”

Surah al-Taubah (113)

Malah menurutnya, mengucapkan perkataan R.I.P (Rest in Peace) juga adalah dilarang di dalam Islam kerana ia juga merupakan doa yang dibacakan oleh orang bukan Islam.

Tiada halangan jika hanya ziarah jenazah bukan Islam

“Cuma kita diajar untuk menghormati kematian mereka, menziarahi tiada masalah. Tapi untuk kita menadah tangan berdoa kepada mereka adalah sesuatu perbuatan yang dilarang di dalam Islam.

“Bahkan ulama fiqh bersepakat bahawa perbuatan memohon keampunan bagi orang yang mati dalam keadaan bukan Islam atau kafir adalah dilarang,” katanya.

Pun begitu menurutnya, umat Islam tidak dilarang untuk mendoakan agar Allah SWT memberi hidayah kepada non-Muslim.