Tular Kes Dibelasah, Dilanggar Suami… Netizen Dakwa Isteri Masih Setia?

14 Apr 2026 • 3:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara.

image is not available

Menerusi satu hantaran aplikasi Threads, akaun @aintgotnothingbruh menyifatkan luahan simpati warganet sebelum ini terhadap kes keganasan rumah tangga itu hanya sia-sia, kerana mangsa tetap setia walaupun dipukul.

@aintgotnothingbruh memuat naik dua tangkap layar iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian selain hantaran terbaharu oleh wanita berkenaan mengenai penantian terhadap suami.

Betul la cinta itu buta

image is not available

Difahamkan, kes pasangan tersebut pernah dilaporkan media dimana tertuduh, Muhammad Aidil Azahar Rahmat, 22, mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 20 tahun dengan cara menumbuk belakang kepala mangsa.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mencederakan mangsa yang sedanh hamil dengan melakukan beberapa perbuatan kekerasan termasuk menampar muka, memukul bahagian kepala serta menolak isterinya hingga terjatuh.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan bagi setiap pertuduhan, berkuat kuasa bermula 19 Mac lalu dengan semua hukuman itu dilaksanakan secara serentak.

Sementara itu, meninjau akaun TikTok milik wanita itu, @klaw_thiy.__, sememangnya terdapat hantaran terbaharu ditujukan buat suaminya dengan memuat naik beberapa keping gambar mereka berdua.

“Sayang, tunggu baby keluar ok. Jangan risau, hati aku takkan pernah berubah terhadap kau. Sepanjang kau dekat dalam, aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk suami aku.
“Sejahat mana pun kau di mata masyarakat, kau tetap ayah kepada anak-anak kita. Kalau Allah boleh memaafkan kesilapan kau pada aku, apatah lagi aku… aku cuba belajar untuk memaafkan segala perbuatan kau terhadap aku dengan ikhlas,” tulisnya baru-baru ini.

image is not available

Terdahulu, ibu mangsa membuat laporan polis selepas gagal menghubungi anak perempuannya yang keluar dari rumah bersama bayi lelaki berusia setahun dua bulan.

image is not available

Susulan itu, ibu mangsa kemudian meneliti CCTV di premis pusat karaoke di Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, Melaka Tengah yang memaparkan tindakan suspek memukul, menampar, menarik rambut serta melanggar kepala mangsa yang sedang terbaring dengan motosikal.

Sumber: Threads @aintgotnothingbruh, Sinar Harian (Norafiza Jaafar), TikTok @klaw_thiy.__

The post Tular Kes Dibelasah, Dilanggar Suami… Netizen Dakwa Isteri Masih Setia? appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved