Tular rakaman CCTV lelaki didakwa pukul isteri hamil

17 Mar 2026 • 11:27 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Satu rakaman CCTV yang kini tular menunjukkan seorang lelaki memukul seorang wanita, dipercayai isterinya, di luar sebuah premis pada waktu malam.

Dalam video itu, wanita berkenaan kelihatan terduduk di lantai sebelum lelaki itu berterusan memukulnya. Tindakan lelaki tersebut bukan sahaja melibatkan tumbukan, malah menendang dan mengheret wanita itu tanpa belas kasihan.

Lebih mengejutkan, rakaman turut menunjukkan lelaki itu melanggar wanita berkenaan menggunakan motosikal.

Menurut perkongsian di Thread, wanita tersebut dikatakan sedang mengandung anak kembar. Hantaran itu juga menyatakan insiden dipercayai berpunca daripada salah faham, apabila lelaki terbabit mengesyaki wanita itu berlaku curang.

“Empat hari lepas mereka bergaduh juga. Keluarga isteri buat laporan polis. Lelaki itu dipenjara seketika, tetapi kemudian keluarga lelaki ikat jamin.

image is not available
Baca juga:

“Dalam video ini pula, isteri bekerja bersama seorang lelaki. Dia ingat isteri dia curang,” katanya.

image is not available

Difahamkan pasangan berkenaan sebenarnya sudah bercerai talak satu, namun lelaki tersebut masih menganggap wanita itu sebagai isterinya.

The post Tular rakaman CCTV lelaki didakwa pukul isteri hamil appeared first on The Reporter.