Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (28 September), rakyat Malaysia dikejutkan dengan khabar duka mengenai pemergian permata negara, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Namun dalam kesedihan orang ramai pada ketika ini, ada juga yang sempat melontarkan komen biadab serta tidak sensitif kepada keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Baca Artikel Berkaitan: Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia Di IJN Pagi Ini, Hembus Nafas Terakhir Pada Usia 100 Tahun
Hantaran “Bila Mahathir Nak Meninggal Pulak” Undang Kecaman
Tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang individu dengan nama pengguna (amrifikri) bertanya dengan nada sindiran, “Bila Mahathir nak meninggal pulak?”
“Tunggu Mahathir mati macam Owen Hart (legenda gusti),” tambahnya lagi menerusi ruangan balas.
View on Threads
“Kenapa Ni Benda Pertama Yang Saya Nampak Bila Buka Threads?” – Ally Mukhriz
Komen biadab itu telah dikecam ramai termasuk selebriti dan orang ternama di Malaysia selain mengguris hati keluarga terdekat seperti cucu Tun M, Ally Mukhriz.
“Kenapa ni benda pertama yang saya nampak masa saya bukak app ni (Threads)?” soalnya sambil berkongsi tangkap layar paparan utama (feed) Threads yang menunjukkan komen biadab terhadap Tun M berada di bawah posting mengenai pemergian neneknya yang tercinta.
Ally di ruangan balas hantaran amrifikri juga ada bertanya dengan nada berang, “Siapa yang besarkan kamu? Kenapa benda ni dekat feed saya?”
View on Threads

Lelaki Buat Laporan Polis, Dakwa Ada Pihak Guna Gambar Tanpa Kebenaran & Buat Akaun Palsu Untuk Sebar Kebencian
Bagaimanapun, seorang individu dikenali sebagai Arif Hakimi yang mengakui merupakan lelaki pada gambar profil akaun telah tampil memberi penjelasan tentang perkara sebenar yang berlaku.
Jelas Arif, semua akaun bernama ‘Amri Fikri’ di laman Threads, Facebook dan Instagram merupakan akaun palsu yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran. Akaun-akaun tersebut juga didakwa membuat hantaran yang mengundang kemarahan dan kebencian (rage bait).
Pemilik Gambar Rujuk Kes Kepada MCMC
Susulan itu, Arif telah membuat laporan polis di Balai Polis Majidee, Johor Bahru mengenai isu tersebut dan kes akan dirujuk pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Untuk makluman, akaun tersebut bukan milik saya dan bukan juga nama (sebenar) saya. Maka saya datang ke balai polis buat laporan menafikan akaun tersebut dan bukan milik saya dan covering (berpura-pura), ” katanya dalam tangkap layar laporan polis bertarikh semalam, 28 September.
View on Threads
“Kenapa Biadab & Kurang Ajar Sangat?” – Asyraf Wajdi
Hantaran amrifikri sebelum ini nyata mengundang kemarahan ramai. Antara yang menempelak perbuatan biadab tersebut adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Berikut adalah antara komen-komen ditinggalkan:
“Kenapa biadab dan kurang ajar sangat?” soal Asyraf Wajdi Dusuki.
Selain itu, cef selebriti Chef Zam turut menyifatkan perbuatannya tidak berhati perut.
“Akaun palsu atau tidak, kami satu Malaysia mendoakan semoga tiada ketenangan dalam hidup kamu (pelaku) hingga akhir hayat. Jahat betul hati perut!” tegurnya.
“Harap Polis Diraja Malaysia cari dia siapa, biadab sangat,” kata seorang netizen.
“Taik Politik Bila Dah Terlalu Taksub, Terus Hilang Kewarasan” – Netizen
“Taik politik bila dah terlalu taksub, terus hilang kewarasan. Ni la contohnya,” kata seorang lelaki.
Malah ramai juga mengingatkan individu tersebut supaya berhati kemanusiaan.
“Tak suka seseorang sekali pun, jangan sampai hilang adab dan kemanusiaan. Politik boleh berbeza, adab tetap kena jaga,” ujar seorang wanita.







Baca Artikel Berkaitan: Kehilangan Besar Buat Negara, Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Dirasai Banyak Pemimpin & Kenalan
Baca Artikel Berkaitan: Belasungkawa: Biodata & Perjalanan Hidup Permata Negara, Tun Dr Siti Hasmah






