‘Moga anak cucu sentiasa menemani Tun Mahathir’

29 Sep 2026 • 9:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Moga anak cucu sentiasa menemani Tun Mahathir’

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira menyifatkan pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia, terutama yang menjadikan Allahyarham sebagai sumber inspirasi.

Erra berkata, isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu bukan sahaja dikenali sebagai wanita lemah lembut, malah memiliki peribadi ceria, penyayang serta bijak menyantuni setiap insan di sekelilingnya.

“Kami semua terkejut dan bersedih atas kehilangan wanita yang menjadi inspirasi kami iaitu seorang isteri ceria dan menenangkan, ibu penyayang serta wanita lemah lembut.

“Namun berilmu, penuh dengan usikan lucu serta bijak menyantuni insan lain,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian sama, Erra turut menitipkan kata-kata semangat buat Tun Mahathir juga bekas Perdana Menteri Malaysia serta seluruh ahli keluarga yang berdepan kehilangan insan tersayang.

“Ya Allah, kami sangat sedih, apatah lagi suaminya, Tun Mahathir dan seisi keluarga. Moga terus kuat semangat, ya Tun Mahathir. Jaga kesihatan.

“Moga anak-anak dan cucu-cucu sentiasa ada di sisi menemani Tun Mahathir,” ujarnya.

Erra turut mengajak orang ramai bersama-sama menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat Allahyarham yang disifatkannya sebagai ‘ibu’ kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Salam takziah. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat ‘ibu’ kita, Tun Siti Hasmah,” tulisnya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun semalam meninggalkan legasi besar dalam bidang kesihatan, kebajikan dan pembangunan wanita negara. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Moga anak cucu sentiasa menemani Tun Mahathir’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved