Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali masih dirasai seluruh rakyat Malaysia. Namun di sebalik suasana pilu itu, muncul pula satu komen biadab di media sosial yang mengundang kemarahan ramai.
Menerusi paparan perbualan di laman Threads, pengguna terbabit meninggalkan komen yang berbunyi, “Bila Mahathir nak meninggal pulak?”.
Hantaran jelik itu nyata mendapat kecaman ramai termasuk selebriti dan ahli politik yang menyifatkannya sebagai kurang ajar serta mengguris hati keluarga Allahyarhamah.

Lebih memilukan, komen tersebut turut disedari cucu Allahyarhamah, Ally Mukhriz yang meluahkan rasa kecewanya.
“Kenapa ni benda pertama yang saya nampak masa saya bukak app ni?” tulisnya.
Pada ruangan komen, Ally turut mempersoalkan tindakan individu terbabit.
“Siapa yang besarkan kamu? Kenapa komen ni dekat feed saya?”
View on Threads
Artikel berkaitan: “Nampak kosong jiwanya” – Wajah Sebak & Sugul, Netizen Doakan Tun Mahathir
Artikel berkaitan: “Saya hanya mengimbau!” – Ally Mukhriz Respon Isu Baju Pengantin, Doakan Kebahagiaan Ezlisa Loy
Individu buat laporan polis, dakwa fake akaun
Bagaimanapun, seorang individu dikenali sebagai Arif Hakimi yang mengakui merupakan lelaki pada gambar profil akaun berkenaan telah tampil memberi penjelasan tentang perkara sebenar yang berlaku.
Jelas lelaki terbabit, akaun Threads, Facebook dan Instagram yang menggunakan nama Amri Fikri bersama gambarnya adalah akaun palsu yang menyamar sebagai dirinya tanpa kebenaran.
Dia mendakwa akaun tersebut sengaja memuat naik kandungan berbentuk rage bait bagi mengundang kemarahan dan kebencian orang ramai.
Susulan itu, dia memaklumkan telah membuat laporan polis di Balai Polis Majidee, Johor Bahru pada 28 September.
Katanya, kes itu akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung hantaran biadab berkenaan.
Sumber: Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


![[VIDEO] Ramai ziarah pusara Tun Siti Hasmah, suasana sayu jadi perhatian](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/pusara-TH-1024x768.jpeg)



