Tular laporan polis P.A dakwa dipukul, diludah oleh 2 artis wanita?

LocalEntertainment
26 Aug 2024 • 12:08 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini tular laporan polis yang mendakwa pelakon Uqasha Senrose dan sepupunya, Aprena Manrose, terlibat dalam insiden memukul pembantu peribadi mereka di pejabat Senrose Cosmetic pada 6 Ogos 2024.

Menurut laporan bertarikh 14 Ogos tersebut, Uqasha didakwa membaling kotak ke muka mangsa, merentap tudung dan meludah mangsa.

Manakala Aprena pula didakwa menepuk mulut mangsa berkali-kali dan memukul lengan mangsa dengan penyangkut baju.

Mangsa juga mendakwa diugut dengan gunting semasa kejadian tersebut.

Walau bagaimanapun, Uqasha telah tampil menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan bahawa dia tidak tergamak untuk melakukan perbuatan tersebut.

Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, Uqasha berkata, “Debik PA? Biar betul? Saya di rumah dengan anak sahaja. Ingat saya gangster sangat nak debik (pukul)?”.

Sumber: Harian Metro