Tular Larangan Sambutan Hari Guru Di Sekolah, Ini Penjelasan JAIS

LocalPolitics
12 May 2026 • 11:03 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Tular Larangan Sambutan Hari Guru Di Sekolah, Ini Penjelasan JAIS

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di media sosial kandungan surat edaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai larangan sambutan hari guru di peringkat sekolah dan daerah bagi institusi di bawah mereka.

Menerusi surat yang tular, JAIS menjelaskan ketetapan itu dibuat agar pihak sekolah dapat memberi tumpuan kepada sesi pembelajaran serta sumber kewangan dapat dimanfaatkan bagi tujuan peningkatan profesionalisme guru dan sahsiah pelajar.

Kandungan surat itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mempersoal tindakan JAIS malah ada yang bersimpati dengan golongan pendidik di negeri itu.

View on Threads
View on Threads

Larangan Sambutan Hari Guru Hanya Untuk Sekolah Pentadbiran Bawah JAIS, Bukan KAFA

Terbaharu, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Mohammad Fahmi Ngah menjelaskan larangan itu hanya terpakai untuk sekolah di bawah pentadbiran JAIS dan bukannya Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) swasta.

Memetik Sinar Harian, KAFA swasta masih lagi dibenarkan mengadakan sambutan hari guru dengan syarat diadakan secara sederhana dan tidak berlebihan.

JAIS Jelas Larangan Sambutan Hari Guru, Elak Ibu Bapa Terbeban Dengan Kos Hadiah

Menurut JAIS dalam satu kenyataan di Facebook, menjelaskan larangan sambutan hari guru itu dibuat bagi mengelakkan ibu bapa dari menanggung beban kos membeli hadiah untuk cikgu.

Jelasnya Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad, keputusan itu diambil ekoran wujudnya kesan kepada ibu bapa atau penjaga susulan tradisi menyediakan hadiah kepada guru atas permintaan anak-anak.

Tambahnya, perkara itu perlu dihentikan apatah lagi ia memberi kesan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga.

Malah, ia juga selaras dengan saranan kerajaan yang mahu rakyat melakukan perbelanjaan berhemah, bijak dan meminimumkan penggunaan bahan tenaga susulan situasi geopolitik semasa yang tidak menentu dan berkemungkinan menjadi lebih teruk.

“Sultan Selangor turut menitahkan agar rakyat jelata di negeri ini melakukan perbelanjaan mengikut keperluan dan keutamaan, berhemah serta bijaksana,” kata Mohd. Shahzihan.

JAIS Tetap Hargai Jasa & Pengorbanan Guru, Anjur Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri

Tambah Mohd. Shahzihan, JAIS dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sentiasa dan menghargai jasa dan sumbangan guru dalam mendidik pelajar.

Jelasnya, Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor tetap akan diadakan pada 21 Mei depan bagi menghargai dan mengenang jasa golongan itu.

“Majlis yang diadakan akan mengiktiraf sumbangan guru dan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai kategori dengan kos melebihi RM200,000 daripada peruntukan MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor yang akan diberikan kepada tokoh guru dan sekolah cemerlang yang dipilih dalam bentuk tunai atau geran,” jelasnya.

Pertimbang Sambutan Hari Guru Di Peringkat Sekolah

Walau bagaimanapun, Mohd. Shahzihan menjelaskan pihaknya akan mempertimbang sambutan hari guru di peringkat sekolah dan daerah apabila keadaan kembali seperti sedia kala.

“Beberapa perkara dalam pelaksanaan Sambutan Hari Guru juga akan dinilai semula atau dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu melibatkan masa sambutan yang tidak mengganggu jadual dan proses pembelajaran dalam kelas serta tentatif yang ringkas dan selaras untuk diguna pakai oleh semua sekolah di bawah seliaan JAIS,” terangnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Yang Cikgu Suka” – Murid Beri Ikan Temenung Sebagai Hadiah Hari Guru Buat Ramai Terliur [Video]

View Original Article