
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Secara umumnya, kita tahu bahawa setiap peniaga perlu mempunyai permit bagi menjalankan bisnes jualan di tempat terbuka.
Namun bukan golongan itu sahaja, malah seniman jalanan yang melakukan aktiviti di kawasan awam juga memerlukan permit rasmi bagi membenarkan kegiatan itu dijalankan.
Ini termasuklah kategori Seni Persembahan Muzik (SPM) dan Seni Visual Kreatif (SVK) seperti badut, maskot, ahli silap mata, pelukis inai, busker dan banyak lagi.
DBKL Arah Pemuzik Jalanan Tanpa Permit Henti Buat Persembahan Di Dataran Merdeka
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pemuzik jalanan dikenali sebagai Zulariff berkongsi situasi yang berlaku kepada dirinya sewaktu mahu membuat konten nyanyian di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Hasratnya itu tergendala selepas dihalang oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menurut Zulariff, pihak berkuasa memintanya untuk berhenti melakukan persembahan di tempat awam itu kerana tidak mempunyai permit yang sah.
Menurut penguatkuasa di dalam video terbabit, permit yang sudah diluluskan boleh digunakan selama setahun mengikut kawasan.
Tambah staf DBKL itu lagi, penguatkuasa boleh mengenakan kompaun dan menyita gitar yang digunakan oleh Zulariff, namun atas budi bicara mereka hanya memberikan amaran.
@_zulariff news for circle vibe'z today #circlevibe #areyouready? ♬ original sound – zulariff
Tonton video penuh [DI SINI].
Pemuzik Jalanan Akur Dengan Arahan DBKL
Akur dengan arahan, Zulariff berkata komunitinya iaitu Circle Vibe perlu menghentikan dahulu sebarang persembahan dan konten nyanyian sementara mendapatkan permit sah.
“Kita tak dibenarkan untuk buat konten sebab tak ada permit dan diminta beredar. Dia (penguatkuasa) kata begitu. Jadi jumpa nanti la kot, tak boleh buat kot sekarang (konten nyanyian). Sebab sekarang ni risau gitar kesayangan ni akan dirampas atau pun jadi pergaduhan atau saman ke, kita tak tahu. Jadi jumpa nanti,” jelasnya.
@_zulariff sorry guys #circlevibe #areyouready? ♬ original sound – zulariff
Tonton video penuh [DI SINI].
Perkongsian ini kemudiannya mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman Threads. Pengendali akaun tersebut mempersoalkan mengapa persembahan nyanyian sebegitu memerlukan permit.
“Nak buat konten menyanyi pakai gitar kapok pun kena ada permit eh sekarang? Semakin mengarut undang-undang,” katanya.
View on Threads
Penghibur Jalanan Perlu Ada Permit
Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa sebelum ini, setiap seniman jalanan (busker) diwajibkan mempunyai permit dan menyertai Bengkel Pemantapan Artis Jalanan sebagai syarat utama untuk memperbaharui permit tahunan terbabit.
Malah DBKL juga telah menubuhkan pasukan khas yang bertanggungjawab melakukan pemantauan berkala untuk memastikan pemegang permit mematuhi syarat ditetapkan, termasuk lokasi dan waktu persembahan, had bunyi, serta beberapa aspek lain.
Orang Ramai Setuju Kenakan Permit Untuk Lakukan Persembahan Awam
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan tindakan penguatkuasa yang menghalang pemuzik itu untuk melakukan persembahan di tempat awam tanpa kelulusan.
“Memang ada peraturan untuk busking. Bagi aku memang patut sebab berada di depan bangunan bersejarah, Bangunan Sultan Abdul Samad. Nanti kalau dibiarkan, boleh jadi port lepak ramai-ramai.
“Lainlah kalau di spot busking seperti di Bukit Bintang atau di SOGO Kuala Lumpur, orang berkumpul, menyanyi ramai-ramai dan bersorak pun tak mengapa. Tetapi bukan di hadapan bangunan warisan negara ni. Tak sesuai,” kata seorang lelaki.
“Kena ada permit supaya ada had. Bayangkan kalau berpuluh-puluh orang nak bukak tapak dekat situ. Tambah pula ada warga asing yang ambil kesempatan buka tapak haram,” tambah seorang lagi individu.







Orang Akan Suka Hati Buat Konten Di Tempat Awam Jika Tiada Kelulusan
Sementara itu, ada juga yang berkata bahawa orang lain berisiko melakukan kegiatan sama tanpa permit di bangunan bersejarah itu hingga menyebabkan pengunjung lain berasa tidak selesa.
“Kenapa perlu ada permit untuk buat sebarang bentuk konten persembahan di kawasan Dataran Merdeka? Sebab kalau ada 10 orang datang dalam masa yang sama dengan alasan nak buat konten suka-suka atau menyanyi ianya bukan lagi jadi tempat awam, kawasan tu akan dipenuhi orang buat konten,” kata seorang Threads, Syazwan Ramli.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: “Ada Café & Port OOTD” – Bangunan Sultan Abdul Samad Kini Dibuka Kepada Pengunjung [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Nostalgic Vibes” – Ramai Sokong Hidupkan Trend Pemakaian Fesyen ‘Old Malaya’ Di Bangunan Sultan Abdul Samad [Video]




