Tular lelaki mengamuk di KLIA, disyaki kurang siuman

20 Sep 2026 • 11:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tular lelaki mengamuk di KLIA, disyaki kurang siuman
Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki warga asing berkelakuan agresif di kaunter syarikat penerbangan, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

SEPANG - Suasana di kaunter syarikat penerbangan, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki warga Bangladesh menjerit serta mengganggu penumpang lain dalam kejadian pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, pihak kawalan keselamatan terminal yang hadir untuk menenangkan keadaan kemudian membawa lelaki terbabit ke Balai Polis Terminal 1 bagi tindakan lanjut.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 26 tahun itu dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke Bangladesh pada jam 10.20 malam.

"Semasa tempoh bertenang, suspek dilihat tidak dapat mengawal diri dan bertindak agresif.

"Suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Kajang dan ditempatkan di wad psikiatri untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan seorang lelaki warga asing berkelakuan agresif di kaunter syarikat penerbangan, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Ravi berkata, pihak kedutaan turut dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan penyebaran berita tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran di tempat awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved