Tular Lelaki Singlet Putih Kongsi Latihan Karate Siap Pakai Black Belt? [Video]

Entertainment
11 Jun 2024 • 4:11 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak minggu lalu tular satu video pergaduhan membabitkan dua lelaki di sebuah kedai serbaneka di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Pergaduhan tersebut berakhir dengan kekalahan lelaki bersinglet putih selepas pemilik kedai dengan mudah berjaya menumbangkannya. Perkara itu secara tidak langsung mengundang perhatian ramai yang mula ‘membahannya’ di media sosial.

Ekoran itu, lelaki memakai singlet putih terbabit telah tampil memuat naik satu video menjelaskan tentang insiden yang berlaku. Malah meminta orang ramai untuk berhenti menjadikannya sebagai bahan lawak jenaka.

Dalam video yang dimuat naik menggunakan Bahasa Tamil itu, lelaki berkenaan memaklumkan dia mempunyai tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri iaitu Karate namun keadaannya yang mabuk pada hari kejadian telah menyebabkannya tewas.

Tular lelaki pakai singlet putih buat ‘come back’ ajar karate

Terbaharu, tular satu lagi video yang dipercayai lelaki sama hingga menarik perhatian ramai pengguna media sosial.

Malah kemunculan dalam video kali ini membuatkan ramai percaya bahawa dia sememangnya mempunyai tali pinggang hitam dalam Karate.

Siap pakai lengkap baju karate dengan tali pinggang hitam

Dalam video yang dikongsikan di X, kelihatan lelaki yang mirip sepertinya lengkap berpakaian uniform Karate dengan tali pingang hitam sambil mengajar seorang individu.

Menerusi video tersebut kelihatan, dia sedang mengajar lelaki yang memakai baju biru teknik untuk menahan dan menumbuk.

Kelihatan dia begitu bersungguh-sungguh sewaktu melakukan aksi berkenaan.

Ramai teruja tunggu apakah sambungan seterusnya

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai malah ada yang mengatakan ia seperti di dalam filem perlawanan boxing yang mana ‘hero’ biasanya akan tewas dahulu sebelum kembali mencari semangat untuk berlatih.

Namun ada yang menasihatkan agar mereka melupakan sengketa lama sebaliknya bermaaf-maafan dan menjadi contoh terbaik untuk semua masyarakat.

“Pening aku dia yang megajar ke atau diajar tu? Confused aku”

image is not available

“Layan viral bang, tengah panas-panas ni teruskan mungkin ke arah kebaikan bersama”

image is not available

“Siri 2, 1 lawan 1 ada latihan. Tak sabar nak tunggu siri 3 nanti perlawanan ARC. Siri 4 mereka berdamai dan lawan penjahat sebenar iaitu Mr Meow”

image is not available