Rider tak guna laluan motor, tular video guard tol dilanggar ketika melintas jalan

11 Jun 2024 • 11:37 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular satu video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai pengawal keselamatan atau guard tol dilanggar oleh sebuah motosikal di Plaza Tol Juru.

Menerusi satu di X, @mummymikamalik telah memuat naik satu rakaman dashcam yang memaparkan kenderaannya sedang melalui tol tersebut.

Guard tol dilanggar di sebuah tol

Pada video tersebut, seorang pengawal keselamatan yang mahu melintas jalan dan berhenti sebentar sebelum bergerak semula apabila kenderaan di depannya memberikan laluan.

Bagaimanapun, ketika pengawal keselamatan itu menghampiri penghujung jalan di tol tersebut, sebuah motosikal yang dipandu secara laju datang dengan tiba-tiba.

image is not available

Disebabkan itu, pengawal keselamatan tersebut dilanggar sehingga dia terbaring di jalan manakala penunggang motor itu pula terjatuh daripada motornya.

Melihat keadaan itu, beberapa motor lain yang turut melalui jalan tersebut berhenti dan memeriksa keadaan penunggang motor tersebut.

image is not available

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, kejadian itu berlaku di Plaza Tol Juru pada 7 Jun lalu dan setakat mereka berada di tempat kejadian pengawal keselamatan itu mengalami kecederaan ringan.

Dalam pada itu, individu itu turut menyatakan mereka rakaman dashcam telahpun diserahkan kepada pihak juru tol disamping menyuarakan rasa geram terhadap penunggang motosikal itu.

Rider tak guna laluan khas, guard tol dilanggar

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyalahkan penunggang motosikal itu kerana tidak menggunakan laluan khas untuk motor.

Salah motor, bukan laluan dia

image is not available

image is not available

Kesian, guard tol dilanggar

image is not available

Laluan motor kan ada, ni memang salah motor

image is not available

Selain itu, ada juga netizen yang mencadangkan agar penunggang motosikal tersebut disaman kerana telah melanggar pengawal keselamatan tersebut.

Boleh saman penunggang motosikal

image is not available

image is not available

Guard tu boleh tuntut pampasan

image is not available

Terdapat juga warganet yang mempersoalkan beberapa tindakan penunggang motosikal lain yang turut tidak menggunakan laluan khas untuk mereka disamping tidak memeriksa keadaan pengawal keselamatan itu.

Lima penunggang motosikal yang tak reti guna laluan motor

image is not available

Bukan ada ke laluan motosikal? Kenapa tak guna

image is not available

Macamana boleh ramai-ramai motor lalu situ?

image is not available

Katanya ada je laluan motosikal kat tol ni tapi kenapalah penungangg-penunggang ni tak pakai kemudahan tu?

Sumber: X @mummymikamalik