Tular Luahan Wanita Ini Bayar Makanan Harga Kayangan Di Kuching, Netizen Kongsi Pengalaman Sama

8 Jan 2023 • 5:29 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terjadi di kedai makan di Satok, Kuching, wanita luah dirinya dikenakan caj harga makanan dengan harga level kayangan

Tular Luahan Wanita Ini Bayar Makanan Harga Kayangan Di Kuching, Netizen Kongsi Pengalaman Sama. Pernah atau tidak kita mengalami satu situasi dimana kita berbuat pergi menikmati hidangan juadah di sesuatu kedai makan untuk menyokong perniagaan orang kita tetapi sebaliknya kita berasa amat kecewa dengan sesuatu perkara. Mungkin kecewa dengan layanan pekerja, masa penyediaan atau kualiti hidangan mahupun dengan harga yang dikenakan seolah tidak berpatutan.

Terjadi di sebuah kedai makan di Satok, Kuching apabila seorang wanita telah berkongsi luahannya di media sosial Facebook apabila beliau dikenakan caj harga makanan yang boleh dikatakan level kayangan kerana merasakan tidak berpatutan dengan lauk yang diambil oleh beliau.

image is not available
Tular Luahan Wanita Ini Bayar Makanan Harga Kayangan Di Kuching, Netizen Kongsi Pengalaman Sama. Sumber gambar: FB Miszz Eqka

3 pinggan nasi, lauk ikan dan sayur beserta air sirap bandung dikenakan caj RM57.80!

Beliau tidak menyangka bahawa hanya 3 pinggan nasi bersama dengan lauk ikan dan sayur beserta air sirap bandung yang telah diambil dan dipesan oleh beliau sewaktu singgah makan di kedai makan tersebut dikenakan caj harga sebanyak RM57.80.

Tular dan netizen turut luah pernah alami pengalaman sama, di kedai yang sama malah rasa hidangan pun tidak setimpal dengan harga mahal tersebut

Seperti tidak masuk akal bagi beliau dikenakan harga sedemikian. Lalu perkongsian beliau tersebut mula tular kerana ada segelintir netizen berkongsi pengalaman yang sama di kedai makan yang sama.

image is not available
Tular Luahan Wanita Ini Bayar Makanan Harga Kayangan Di Kuching, Netizen Kongsi Pengalaman Sama. Sumber gambar: FB Miszz Eqka

Bukan itu sahaja, malah ada yang meninggalkan respon di ruangan komen mengatakan bahawa hidangan di kedai tersebut tidak menepati citarasa mereka. Sudahlah harga mahal, rasa hidangan pula macam tidak setimpal dengan harga.

image is not available
Sumber gambar: FB Miszz Eqka

Wanita yang berkongsi luahan ini merasa menyesal dan menyatakan bahawa diinya tidak akan singgah di kedai ini lagi di masa akan datang. Begitu juga dengan segelintir netizen yang meninggalkan respon yang sama seperti yang dirasai oleh wanita ini.

Walaupun begitu, di Kuching juga banyak kedai makan yang boleh menjadi pilihan jika mahukan hidangan makanan yang berpatutan dan sedap seperti dalam artikel dibawah: