Tular Majlis Akikah Pasangan Pempengaruh Pakai Serba Kuning Ala Diraja, PDRM Jalankan Siasatan

LocalPolitics
17 Sep 2025 • 10:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular video memaparkan pasangan suami isteri yang dikenali ramai membuat majlis akikah dengan memakai pakaian serba kuning serta meniru adat dan protokol istiadat kerabat diraja.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan menjalankan siasatan berhubung video tular pasangan pempengaruh berkenaan.

image is not available

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar, rakaman itu juga memaparkan anak-anak pasangan itu berpakaian serba kuning lengkap dengan tengkolok seolah-olah meniru majlis rasmi kerabat diraja.

Tindakan itu dipercayai menyalahgunakan lambang diraja dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambahnya, siasatan kini sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman.

image is not available

image is not available

image is not available

Mengikut peruntukan undang-undang, kesalahan terbabit boleh membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum tiga tahun, manakala penggunaan tidak wajar lambang diraja boleh dikenakan denda sehingga RM1,000.

Terdahulu, rakaman memaparkan majlis akikah pasangan pempengaruh yang pernah ditahan polis kerana dakwaan kes penipuan, telah mencuri perhatian ramai.

Video itu turut memaparkan para tetamu yang meraikan majlis termasuklah pelakon Emma Maembong, Zul Huzaimy dan usahawan, Kak KM.

Rata-ratanya memberi komen tentang kehidupan pasangan itu yang mewah dan disindir ‘kebal’ meskipun ada dakwaan bahawa pasangan itu terlibat dengan kes penipuan.

image is not available 2025-07-22 11:09:05

Punca Kerugian Besar & Risikokan Nyawa Penyelam, Jabatan Bomba Buat Laporan Polis Terharap Pempengaruh Ija