“Bila orang tak suka…” – Addy Kana Bandingkan Foto Berbusana Pengantin Ala Diraja Dengan Gambar AI Fattah Amin?

Entertainment
17 Sep 2025 • 12:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ahli perniagaan, Addy Kana kembali menjadi sebutan selepas tular video majlis akikah dikatakan meniru gaya istiadat kerabat diraja.

Dalam video tular itu, memaparkan satu keluarganya berpakaian serba kuning dan bertengkolok seakan-akan istiadat diraja.

Suasana majlis itu telah mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai yang berpendapat ia seolah-olah tidak menghormati institusi diraja.

“Bila orang tak suka… semua bermasalah”

Sedar majlis itu menjadi berita hangat di media sosial, Addy memuat naik satu hantaran seolah-olah kecewa dengan situasi yang dihadapinya.

Dalam hantaran itu, Addy memaparkan dia dan isterinya berbusana pengantin berwarna kuning dan turut meletakkan imej pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman yang memakai warna serupa.

“Bila orang suka tak ada masalah, bila orang tak suka, semua bermasalah,” tulisnya.

Bagaimanapun, jika diperhatikan, foto pasangan selebriti itu dilihat seperti janaan AI dan bukanlah imej sebenar.

image is not available

PDRM siasat video tular salah guna lambang diraja

Semalam, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap tiga video tular yang memaparkan satu keluarga berpakaian menyerupai gaya istiadat kerabat diraja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar memaklumkan, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman.

“Tindakan itu dipercayai menyalahgunakan lambang diraja dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”

Mengikut peruntukan undang-undang, kesalahan terbabit boleh membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum tiga tahun, manakala penggunaan tidak wajar lambang diraja boleh dikenakan denda sehingga RM1,000.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.