Tular pakaian disidai tepi jalan, MBDK turun pantau lokasi

7 Jul 2026 • 11:24 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pegawai MBDK menjalankan pemeriksaan di lokasi selepas isu pakaian disidai di tepi jalan Pasar Jawa, Klang tular.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengambil tindakan segera selepas tular di media sosial berhubung tindakan individu yang didakwa menyidai pakaian di kawasan awam berhampiran Pasar Jawa, Klang.

Menerusi kenyataan di media sosial, MBDK memaklumkan pihaknya telah turun ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan susulan aduan berkenaan.

Menurut MBDK, pemantauan secara berkala akan dilaksanakan oleh pihak penguat kuasa memandangkan kawasan tersebut kini menjadi tumpuan awam susulan kewujudan perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

“Semua pihak perlu mempunyai sensitiviti dalam menjaga kebersihan dan kesejahteraan Bandaraya Diraja Klang,” menurut kenyataan itu.

Baca juga:
Image from: Tular pakaian disidai tepi jalan, MBDK turun pantau lokasi
Hantaran Thread Nik Laici

Sebelum ini, isu berkenaan tular selepas seorang pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa terlihat pakaian disidai di tepi jalan berhampiran LRT Jambatan Kota, Pasar Jawa.

Pengguna terbabit turut mendakwa telah menegur individu berkenaan dan mempersoalkan tindakan tersebut yang dianggap mencacatkan pemandangan kawasan awam.

The post Tular pakaian disidai tepi jalan, MBDK turun pantau lokasi appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved