
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sekitar minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai sebuah restoran di Melaka yang mempamerkan haiwan antaranya alpaka dan kambing serta itik di premis mereka.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok ketika melawat kafe berkenaan pada minggu lalu.
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat alpaka berwarna putih diletakkan di sebalik kaca manakala haiwan seperti angsa, arnab dan kambing ditempatkan dalam keadaan tidak sepatutnya.
Perkongsian itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang bersimpati terhadap haiwan terbabit dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap premis tersebut.
are you okay dear alpaca? 🥹#alpacasoftiktok
Tonton video penuh [DI SINI] Replying to @sham0ji okay i post je sini . sbb i tak sanggup jugak tengok haiwan haiwan ni di aniya mcm ni . 🥹🥹#alpacasoftiktok #fyp
Restoran Pamer Haiwan Dikompaun RM10,250 & Diarah Tutup 7 Hari
Terbaharu, restoran mi segera yang tular mempamerkan haiwan berkenaan di Kampung Jawa, Melaka sebagai hiburan telah dikompaun sebanyak RM10,250 selain diarah tutup selama 7 hari.
Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman, arahan penutupan itu bermula hari ini (22 September) sehingga 28 September setelah premis berkenaan didapati melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Tambah Shadan, pemilik restoran berkenaan dikompaun sebanyak RM10,000 mengikut kesalahan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 2001 dan RM250 kerana melanggar syarat Undang-undang kecil Petempatan Makanan (MBMB) 2020.
“Kita juga telah mengeluarkan notis untuk pemiliknya menutup perniagaan mereka selama tujuh hari untuk kerja-kerja pembersihan restoran dan mengeluarkan semua haiwan peliharaan di dalam restoran ini.
“Semakan mendapati, MBMB mengeluarkan lesen perniagaan premis makanan pada April lalu namun pemiliknya mula memasukkan 23 ekor haiwan secara berperingkat seperti alpaka, kambing, itik, angsa, arnab dan kucing pada Jun lalu,” katanya.
Mempamer & Pelihara Haiwan Di Restoran Tidak Dibenarkan
Jelas Shadan lagi, mempamer dan memelihara sebanyak 23 ekor haiwan yang terdiri daripada alpaka, dua ekor kambing, dua ekor arnab, dua ekor angsa, itik serta 15 ekor kucing dan dijadikan sebagai hiburan dalam premis makanan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
“Ini adalah kes pertama kita kesan berlaku restoran dijadikan seperti petting zoo walaupun hanya alpaka diletakkan di ruang berasingan di restoran tingkat bawah pada waktu tertentu dan haiwan lain di tingkat atas.
“Dalam lesen dikeluarkan MBMB, sudah jelas dinyatakan tidak boleh meletakkan haiwan-haiwan peliharaan di dalam kedai ataupun restoran,” ujarnya.
Operasi pemeriksaan restoran tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Idea Petting Zoo Bagus Namun Perlu Ada Tindakan Yang Jelas
Dalam pada itu, Mohd Noor Helmy yang popular dengan gelaran YB Duyong menjelaskan, pihaknya akan meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar membuat garis panduan berhubung aktiviti berkenaan.
“Dari segi dasar pelancongannya, idea sebegini agak bagus kerana ia mendekatkan terutamanya kanak-kanak dengan haiwan peliharaan tetapi kena jelas apa yang harus dilakukan selepas itu.
“Kalau nak buat petting zoo sebegini adakah haiwan itu disimpan di dalam bilik ataupun kena lepaskan ke habitatnya selepas waktu persembahan macam di zoo supaya tidak bertentangan dengan sifat semulajadinya,” jelasnya.
Kufikirkan alpaca je, rupanya kucing, itik, arnab, angsa dan kambing pun ada 🤣 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah…
Posted by Mohd Noor Helmy on Sunday 21 September 2025
Panduan Membuat Aduan Berhubung Kebajikan & Penganiayaan Haiwan
Untuk info, sekiranya individu mahu membuat aduan berhubung kebajikan dan penganiayaan terhadap haiwan boleh melakukannya menerusi alaman sesawang MyAnimal Welfare.
Apa yang penting, individu perlu mengemukakan maklumat lengkap seperti:
- Nama penuh
- Nombor pengenalan diri
- Nombor telefon
- Alamat e-mel
- Alamat kediaman
Sebelum melaporkan sebarang aduan mengenai kebajikan dan penganiayaan terhadap binatang, individu perlu memastikan semua soalan ini dapat dijawab:
- Siapa yang terlibat dan yang mengadu?
- Apakah kesalahan yang dilakukan?
- Bila kesalahan berlaku?
- Di mana kesalahan berlaku?
- Kenapa kesalahan berlaku
- Bagaimana pelanggaran peraturan dilakukan?
Pastikan aduan yang dibuat turut disertakan dengan bukti gambar, video atau saksi.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, individu boleh menghubungi Seksyen Kebajikan Haiwan, Jabatan Beterinar di talian 03-8870 2000 atau e-mel kepada animalwelfare@dvs.gov.my.
Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772] memperuntukkan beberapa seksyen khusus bagi kesalahan-kesalahan penganiayaan…
Posted by Jabatan Perkhidmatan Veterinar on Sunday 22 December 2024
Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Restoran Tular Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Didenda RM10,000
Baca Artikel Berkaitan: Comel! Alpaka Jalan-Jalan Di IOI City Mall, Peminat Kata Nampak Macam Seok-jin BTS [Video]
Via:


![Wanita Panik Ada Lampu Merah Di Cermin Bilik Air Hotel Di Korea, Sangka Hidden Cam Rupanya Smart TV [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![“Ini Adalah Ekstravaganza”- Pelancong AS Teruja Lihat R&R Di Malaysia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)