Individu Selamba Parking Kereta Depan Rumah Jiran Hingga Halang Laluan Dikecam [Video]

22 Sep 2025 • 12:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Isu parkir kereta khususnya di kawasan kediaman sering menjadi antara masalah yang dihadapi oleh sesetengah orang.

Tidak kiralah sama ada tinggal di kediaman tingkat tinggi seperti flat atau rumah bawah seperti teres, pastinya ada yang terpaksa berhadapan dengan sikap pentingkan diri segelintir individu ini.

Jika kediaman seperti pangsapuri, cop parking sering menjadi topik bualan. Bagi rumah teres pula, tuan rumah terpaksa berhadapan dengan situasi di mana kereta jiran diletakkan di hadapan kediaman mereka.

Lelaki Kongsi Sikap Jiran, Suka Parkir Kereta Depan Rumah Orang Lain

Semalam (21 September), tular di media sosial perkongsian seorang lelaki mengenai sikap tidak bertanggungjawab jirannya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @azimsulaiman_as, pengguna yang dikenali sebagai Azim meluahkan rasa kesal kerana terpaksa berhadapan dengan sikap jiran sedemikian.

Melalui perkongsian itu juga, Azim turut berkongsikan situasi semasa yang sedang dihadapi oleh seorang lagi jirannya gara-gara sikap pentingkan diri individu terbabit.

Kongsi Azim, pemilik kereta jenis Proton itu sememangnya suka meletakkan kenderaan di hadapan rumah jiran-jiran di sekitarnya.

Jiran Bunyikan Hon, Pemilik Kereta Dah Pergi Keluar

Menerusi video berkenaan, kedengaran jiran di hadapan rumah Azim sedang membunyikan hon sebagai isyarat kepada pemilik kereta tersebut untuk mengalihkan kenderaannya.

Namun dakwa Azim, pemilik kereta Proton berkenaan telahpun keluar dan tiada di rumah.

“Yang si Proton tu suka parking tempat orang. Tengok owner (pemilik rumah) dah masuk (tetapi kereta tak dapat masuk). Member (pemilik kereta Proton) dah keluar dah tu, rumah dia kosong.

“Aku geram betul kalau jenis berjiran macam ni. Masalahnya dah tahu rumah kau tu banyak kereta, kau jangan la masuk (parkir) rumah orang,” jelasnya.

Turut Alami Pengalaman Sama, Dakwa Menyesal Beli Rumah Dengan Jiran Sebegitu

Kongsi Azim lagi, bukan hanya jiran di hadapan rumahnya, malah dia juga pernah beberapa kali berhadapan dengan situasi serupa.

Malah, Azmin turut meluahkan rasa kesal kerana membeli rumah berkenaan dek kerana terpaksa berhadapan dengan sikap pentingkan diri individu terbabit.

“Ni pun menyesal beli rumah sini, nak buat macam mana. Kalau sewa boleh pergi (pindah), kalau beli ni.

“Duduk rumah teres ni, ini risikonya. Saya pun, dah berapa kali hon. Masalahnya owner tu, dia suka masuk parking orang.

“Doakan saya, kalau ada rezeki lebih, saya nak beli rumah baru, rumah baru lain yang depan tu kosong,” katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kawasan kediaman yang terletak di Puchong, Selangor.

@azimsulaiman_as

Ya allah. Smpai bila la nk hadap situasi mcmni.. kenapa la suka masuk parking orang.. sy pn brapa kali dh hon org…. duduk rumah teres mcmni laa kena hadap.. doakan sy tau, bisnes #shaklee sy makin maju. Nk beli rumah lain yg depan xde rumah ke atau lot banglo 😔😭😭🙏🏻🙏🏻

♬ original sound – Azim (abg shaklee) – Azim (abg shaklee)

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Geram Dengan Sikap Jiran Suka Parkir Depan Rumah

Perkongsian yang telah mendapat lebih 146,000 itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan pemilik kereta Proton terbabit yang selamba meletakkan kenderaan di hadapan rumah jiran yang lain.

Malah, ada pengguna yang turut berkongsi cara untuk menegur jiran sebegitu seperti membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau meletakkan kon di hadapan pagar.

Bukan itu sahaja, ada segelintir yang berkongsi pengalaman berhadapan dengan situasi sama.

Parkir Depan Rumah Jiran Adalah Satu Kesalahan & Boleh Didenda

Tahukah anda, parkir di hadapan rumah jiran merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang?

Berdasarkan perkongsian oleh seorang peguam menerusi satu hantaran di kumpulan Facebook, terdapat tiga langkah undang-undang yang boleh dilakukan untuk menegur orang atau jiran yang suka meletakkan kereta di hadapan pagar rumah sekiranya teguran secara baik tidak jalan.

Undang-undang tersebut adalah:

#1 Seksyen 48 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987)

Menurut Seksyen 48(1) APJ 1987, pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan atau menghalang pengguna lain adalah merupakan satu kesalahan.

Jika individu didapati bersalah, individu boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 atau penjara tidak kurang 1 tahun atau kedua-duanya.

#2 Seksyen 22, Akta Kesalahan Kecil (AKK 1955)

AKK 1955 turut menyebut tentang kesalahan meletakkan kereta di hadapan rumah orang.

Mengikut Seksyen 22 AKK 1955, individu yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah boleh dikenakan denda sehingga RM50.

#3 Seksyen 48 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Sekiranya jiran masih lagi suka parking sesuka hati, individu boleh maklumkan kepada jiran bahawa pihak berkuasa seperti pegawai polis, pegawai JPJ dan pegawai majlis perbandaran boleh tunda kenderaan mereka di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987.

Bagi Akta APJ 1987, undang-undang ini tidak terhad kepada kawasan perumahan sahaja. Ia boleh diguna pakai di mana-mana sahaja jalan sekiranya pemandu meletakkan kenderaan dalam kedaaan menyusahkan dan menghalang orang lain.

Selain itu bagi Seksyen 3A dan 4A APJ 1987, anda boleh melaporkan aduan pada mana-mana pihak sama ada polis, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Ada Lagi Manusia Suka Parking Depan Rumah Orang”

image is not available

“Nak Saya Share, Beli Je Safety Cone Letak Depan Rumah, Kalau Rajin, Tampal Kertas Jangan Doube Park Tanpa Izin”

image is not available

“Parking Depan Rumah Satu Hal, Ada Lagi Satu, Dalam Rumah Tak Nak Parking, Letak Kereta Dekat Luar Rumah Sampai Sempit”

image is not available

“Zaman Dulu Duduk Rumah Teres Best Je, Lapang Jalan, Sekarang Macam Terseksa”

image is not available

Source: