Tular Pasangan Kongsi Gambar Perkahwinan Di Puncak Gunung Kinabalu Raih Perhatian Ramai

9 Nov 2024 • 12:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Detik istimewa di ketinggian 4,000 meter, pasangan kongsi pengalaman perkahwinan di Gunung Kinabalu

Tular Pasangan Kongsi Gambar Perkahwinan Di Puncak Gunung Kinabalu Raih Perhatian Ramai. Hari perkahwinan adalah salah satu detik paling istimewa dalam kehidupan setiap pasangan. Untuk sepasang pengantin baharu ini, mereka telah memilih lokasi yang luar biasa untuk memperingati hari yang bersejarah tersebut – puncak Gunung Kinabalu, bukit tertinggi di Malaysia.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, gambar perkahwinan pasangan ini telah tular di media sosial dan menjadi viral dalam kalangan warganet tempatan.

image is not available
Tular Pasangan Kongsi Gambar Perkahwinan Di Puncak Gunung Kinabalu Raih Perhatian Ramai

Ternyata, hasil gambar fotografi mereka di ketinggian 4,000 meter di atas paras laut itu benar-benar memukau dan menakjubkan.

“Ni baru paling rare” – Netizen

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan memuji idea kreatif mereka untuk merakam detik istimewa perkahwinan di lokasi yang unik.

image is not available

image is not available

Hasil fotografi perkahwinan mereka di puncak Gunung Kinabalu memang sungguh memukau. Gambar-gambar itu kini menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet yang teruja dengan idea kreatif pasangan ini.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kisah-kisah tular yang berlaku di Kota Kinabalu: