Tular Pulau Di Semporna Dijual Dengan Harga RM9 Juta Raih Perhatian Ramai

7 Nov 2024 • 5:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ingin miliki pulau sendiri? Peluang emas di Pulau Maiga, Semporna

Tular Pulau Di Semporna Dijual Dengan Harga RM9 Juta Raih Perhatian Ramai. Satu hantaran tular di media sosial baru-baru ini mengenai pulau peribadi yang kini ditawarkan untuk dijual di Semporna, Sabah.

Menerusi perkongsian di Facebook, Pulau Maiga, yang terletak di Semporna, kini dijual dengan harga sebanyak RM9 juta secara nett (tidak dapat ditawar). Pulau seluas 4.2 ekar ini mempunyai status zoning sebagai kawasan pelancongan, memberikan peluang kepada pemilik untuk membangunkan resort atau projek pelancongan yang eksklusif.

image is not available
Sumber foto: Facebook. Tular Pulau Di Semporna Dijual Dengan Harga RM9 Juta Raih Perhatian Ramai

Semporna terkenal dengan keindahan semulajadi dan aktiviti rekreasi air yang menarik, menjadikan Pulau Maiga lokasi yang strategik untuk dijadikan destinasi percutian impian.

Calon pembeli yang berminat boleh menghubungi wakil jualan di talian Whatsapp yang disediakan untuk maklumat lanjut mengenai peluang pembelian pulau ini.

image is not available

Dengan keunikan dan potensi pembangunannya, Pulau Maiga merupakan peluang emas untuk mereka yang ingin melabur dalam hartanah pulau peribadi di lokasi yang terkenal di Malaysia. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memiliki pulau sendiri di Semporna.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan tempat menarik di Semporna, Sabah: