“Ingatkan isteri” – Ucapan ‘My Hayati’ Graduan IPT Terkemuka Cetus Perbalahan Antara Netizen

Entertainment
22 Nov 2024 • 12:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ucapan seorang graduan di Istiadat Konvokesyen sebuah institut pengajian tinggi (IPT) telah mendapat perhatian ramai apabila dia turut memberi penghargaan buat teman istimewanya di dalam ucapan tersebut.

Dalam video yang tular di TikTok, ucapan graduan yang juga menjadi penerima anugerah pelajar cemerlang IPT tersebut (valedictorian), pada awalnya menyampaikan penghargaan buat kedua-dua ibu bapanya yang telah bekerja keras dalam membesarkannya.

Ucapan itu kemudian mendapat perhatian ramai apabila graduan itu menyebut ‘To My Hayati’ yang merujuk kepada teman istimewanya itu.

“Tak kena tempat untuk menyatakan penghargaan”

Namun ucapan yang dianggap ‘sweet’ bagi sesetengah pihak itu menerima kecaman netizen yang beranggapan ia agak tidak sesuai untuk dinyatakan ketika majlis konvokesyen.

Ramai yang berpendapat status universiti berkenaan sebagai universiti Islam tidak sepatutnya menggalakkan hubungan yang tidak halal antara lelaki dan perempuan.

image is not available

image is not available

“Tak ada salahpun ucapan dia”

Pun begitu, ramai juga di kalangan netizen yang ‘back up’ graduan tersebut dan berpendapat ucapan ‘My Hayati’ itu tidak ada salahnya pun kerana ia satu apresiasi kepada orang yang telah menyokongnya selama ini dalam mencapai kejayaan.

Malah ada banyak lagi kenyataan dari graduan ini di dalam ucapan tersebut yang patut menjadi perhatian ramai dan bukannya ‘My Hayati’ semata-mata.

image is not available

Sebaiknya kita berfikiran positiflah dan mendoakan yang terbaik buat graduan ini. Tahniah dan semoga sukses di alam pekerjaan pula.

Sumber: Thread, Kosmo

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.