Tular Pemenang Pingat Emas Tidur Atas Rumput, ‘Complain’ Tentang Perkampungan Olimpik – “Tiada ‘Aircond’, Makanan Teruk…”

5 Aug 2024 • 5:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Atlet renang dari Itali, Thomas Ceccon yang memenangi emas dalam acara 100m kuak lentang Olimpik 2024 menjadi bualan hangat selepas dia dilihat lena tidur di taman Perkampungan Olimpik.

Menerusi video yang dimuat naik oleh rakan atlet, Ceccon dilihat nyenyak meskipun hanya beralaskan tuala putih di sisi sebuah kerusi taman.

image is not available

Difahamkan, sebelum ini Ceccon pernah menyuarakan secara terbuka tentang penginapan yang disediakan di Perkampungan Olimpik di mana dia berkata bilik disediakan penganjur terlalu panas.

Tiada penghawa dingin, panas, makanannya teruk. Ramai atlet berpindah atas sebab ini. Kami bukan sengaja beri alasan, tetapi ini realiti yang mungkin tidak semua orang tahu.

image is not available

Tambah Ceccon, dia mahu berehat kerana keletihan namun mengalami kesukaran untuk tidur di Perkampungan Olimpik kerana kepanasan dan bunyi bising.

Bukan hanya Ceccon, bekas perenang Olimpik, James Magnussen juga turut mengkritik Perkampungan Sukan di Paris yang dikatakan terlalu ‘mesra alam’ dan ia memberi kesan serta menyukarkan atlet untuk lakukan yang terbaik apatah lagi memecah rekod dunia.

image is not available

Selain katil kadbod membuatkan tidur terganggu, Magnussen juga berkata pemakanan vegetarian disediakan untuk atlet juga menjejaskan persembahan mereka di temasya sukan itu.

image is not available 5 days ago

Olimpik Paris 2024: Atlet Triatlon Muntah Berkali-Kali Selepas Terpaksa Berenang Di Sungai Seine Yang Tercemar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved