Tular Penampakan Buaya Di Pantai Teluk Batik

LocalEnvironment
12 Dec 2024 • 11:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular Penampakan Buaya Di Pantai Teluk Batik

Kehadiran seekor buaya yang dikesan di kawasan Perairan Pantai Teluk Batik, Manjung, Perak telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk tempatan dan pengunjung.

Beberapa video yang memaparkan reptilia itu berkeliaran di sekitar pantai berkenaan kini menjadi tular di media sosial.

https://www.facebook.com/100076354149370/videos/pcb.592139883341145/450794114497295

Menurut hantaran di laman Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perak, pasukan penyelamat pantai APM Daerah Manjung telah menerima aduan daripada orang awam mengenai kehadiran buaya tersebut ketika menjalankan pemantauan di pantai Teluk Batik.

Bertindak atas aduan itu, APM Negeri Perak segera melancarkan operasi bagi menangkap buaya berkenaan.

Dalam masa yang sama, mereka menasihati orang ramai agar berhati-hati dan sentiasa berwaspada ketika berada di kawasan pantai, terutama semasa melakukan aktiviti air.

“APM Negeri Perak menasihati pengunjung supaya sentiasa berhati-hati apabila melakukan aktiviti air atau berkunjung ke pantai dan sentiasa berwaspada dengan kehadiran haiwan ini,” ujar hantaran itu.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat pantai turut menggesa orang awam untuk menghubungi talian kecemasan sekiranya memerlukan bantuan.

image is not available

image is not available