
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial kejadian provokasi melibatkan beberapa anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan orang awam yang dipercayai penjaja bazar Ramadan tanpa lesen.
Menerusi video tular itu, tiga orang anggota berkenaan dilihat memegang seorang wanita dan berlaku pergelutan antara mereka.
Apa yang menjadi perhatian adalah salah seorang anggota DBKL terbabit digigit oleh wanita berkenaan sehingga meninggalkan bekas pada tangan anggota tersebut.
Video itu nyata menjadi perhatian ramai hingga mengundang pelbagai reaksi berhubung insiden provokasi berkenaan.
Penguatkuasa kena gigit dengan penjaja tanpa lesen. Dah tahu salah jangan melawan bagi kerjasama kan settle, tak ada siapa yang sakit. ni tak pasal² jadi kes lain.. 📹: persatuan penjaja halal.
Posted by Warga Wilayah on Wednesday 5 March 2025

DBKL Pandang Serius Insiden Provokasi, Tegas Peluang Berniaga Dah Dibuka Secara Adil
Terbaharu, DBKL memandang serius kejadian provokasi tersebut hingga menyebabkan kecederaan kepada dua orang anggota penguat kuasa yang pada ketika itu sedang menjalankan pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri.
Difahamkan, kejadian berlaku semalam (5 Mac) ketika anggota berkenaan sedang melaksanakan tindakan penguat kuasaaan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng.
Tegas DBKL, mereka telah membuka dan memberi peluang kepada orang ramai untuk berniaga di bazar secara adil kepada individu yang berminat dan memenuhi syarat.
“Kadar sewaan tapak juga ditawarkan pada harga berpatutan bagi memastikan peniaga boleh beroperasi secara sah dan dalam suasana yang teratur.
“Langkah penguatkuasaan ini diambil bagi melindungi hak penjaja berlesen serta kesejahteraan warga kota,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Beri Teguran & Notis Sebelum Ambil Tindakan
Tambah DBKL lagi, penjaja tanpa lesen akan diberi teguran dan notis sebelum sebarang tindakan diambil.
“Penguatkuasaan hanya dilakukan terhadap mereka yang mengingkari arahan dan terus beroperasi secara tidak sah.
“Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang bertindak memprovokasi dan bertindak agresif terhadap petugas DBKL, menyebabkan kecederaan dalam kejadian terbaru ini.
“Berikutan itu, dua laporan polis telah dibuat dan pelaku telah diserahkan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.
Tidak Berkompromi Dengan Tindakan Agresif Terhadap Anggota
Pada masa yang sama, DBKL menegaskan mereka tidak akan berkompromi dengan tindakan agresif yang dilakukan oleh segelintir pihak terhadap anggota yang menjalankan amanah demi kepentingan masyarakat.
“Penguatkuasaan akan terus dijalankan secara adil dan tegas bagi memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar yang tersusun, bersih, dan selamat untuk semua,” ujarnya.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sokong Tindakan DBKL Rampas Barang Peniaga Degil Tiada Lesen Di Jalan TAR [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Tindakan Antara Dua Darjat” – DBKL Perjelas Isu Tak ‘Clamp’ Tayar Kereta Mewah
Source:

![Kontroversi Penyampai ERA: “Ia Tarian Entrance Muay Thai Miki Ghazali, Bukan Kavadi” – Peguam [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![Christy Ng Restock Pantri Untuk Staf Sempena Ramadan Raih Pujian, Siap Ada Kurma! [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/business-and-finance.jpeg)
