
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi setiap individu yang bercinta, memang tidak sah kalau tidak keluar dating atau janji temu bersama pasangan.
Saat itulah masing-masing hendak bertemu dan melepaskan rasa rindu yang terpendam.
Bila sebut tentang dating, kebiasaannya aktiviti ini hanya melibatkan dua orang yang sedang bercinta.
Satu Keluarga Ikut Anak Perempuan Pergi Dating Dengan Teman Lelaki
Namun, lain pula dengan seorang gadis ini yang ditemani keluarga apabila keluar bersama teman lelaki.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @__cikyan, kelihatan gadis berkenaan duduk di meja bersama teman lelakinya.
Apa yang menjadi perhatian adalah mereka bukanlah keluar berdua sebaliknya ditemani oleh ahli keluarga gadis itu yang duduk di meja berasingan dalam kedai yang sama.
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat bapa, ibu, dan abang ipar serta pengguna yang merupakan kakak kepada gadis tersebut sedang menjamu selera di meja yang berlainan.
“POV: Bila kau hendak dating dengan girlfriend (teman wanita) tapi girlfriend kau ada strict parents, be like,” tulis pengguna berkenaan di video tersebut.
1 keluarga ikut hahaha 🤣 #strictparents #funnyvideos #pov #malaysiatiktok #fyp #datinglife #funnymoments
Tonton video penuh [DI SINI].
Ibu Bapa Siap Naik Satu Kereta Ikut Anak Perempuan & Teman Lelaki
Malah menerusi video berasingan, dapat dilihat ibu bapa gadis berkenaan menaiki satu kereta dengan pasangan itu.
“POV: Bila adik perempuan hendak pergi dating tapi parents wajib ikut sekali be like 🤣,” tulis pengguna itu lagi.
Kongsi pengguna berkenaan, itu merupakan kali pertama adik perempuannya berjumpa dengan lelaki tersebut.
Difahamkan lelaki itu diperkenalkan oleh dia sendiri kepada adik perempuan kesayangannya.
Bila strict parents ikut teman adik dating be like 🤣 #fyp #funnyvideos #pov #strictparents #foryou #datinglife #4u #malaysiatiktok
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Puji Ibu Bapa Luangkan Masa Teman Anak Gadis Pergi Dating
Video yang telah mendapat lebih 722,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat sendiri melihat situasi berkenaan.
Ramai yang memuji cara keluarga itu dalam mendidik dan menjaga anak gadis mereka dengan menemaninya pergi keluar bersama teman lelaki.
Malah, ada yang menganggapnya sebagai ‘halal dating’ dek kerana keberadaan ahli keluarga yang lain.
Namun, ada pula yang mempersoal tindakan tersebut dan menganggap ibu bapa gadis berkenaan seolah mengawal kehidupan gadis itu.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Yang Kata Tak Setuju, Privasi La, Anda Munafik. Ini Baru Halal Dating”

“Tak Setuju Langsung Cara Macam Ni”

“Bagus Family Ni, Mantap”

“Lebih Baik Begitu, Saya Setuju Sebab Saya Ada Anak Perempuan, Kena Hati-Hati”

“Lebih Baik Mak Ayah Buat Macam Ini, Anak Diberi Kebebasan Tapi Masih Dilindungi”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang
Source:

![Christy Ng Restock Pantri Untuk Staf Sempena Ramadan Raih Pujian, Siap Ada Kurma! [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/business-and-finance.jpeg)
![Tular Penguat Kuasa Diserang Penjaja Bazar Ramadan, Ini Penjelasan DBKL [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)

![“Eksperimen Sains Ke?”- Wanita Buat Vanila Sarsi Macam Khairul Aming Sampai Berbuih Bikin Dekah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)