
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebajikan pekerja merupakan suatu perkara yang perlu dititikberatkan oleh majikan bagi memastikan kualiti kerja dan produktiviti terjamin.
Salah satunya adalah dengan menyediakan pantri yang cukup dengan segala kelengkapan bagi kegunaan para pekerja.
Walaupun kita sekarang berada di musim Ramadan, tidak bermakna pantri di pejabat harus dibiarkan kosong ya. Inilah langkah yang diambil oleh pengasas sebuah jenama tempatan dalam menjaga kebajikan pekerjanya.
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Boss Saya” – Staf Christy Ng Dedah Sisi Baik Majikan Selepas Dikritik Orang Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Khairulaming Bawa Semua Staf Kilang Sambal Nyet Pergi ‘Retreat’ Dapat Pujian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Bestnya Dapat Banglo 800K!” – Staf Terima Hadiah Mewah Dari Bonda Rozita Curi Perhatian
Bukan Hanya Makanan, Christy Ng Turut Sediakan Keperluan Diri
Christy Ng atau nama sebenarnya Christina Ng telah memenuhkan pantri di pejabatnya baru-baru ini sempena bulan berpuasa.
Melihat kepada video yang dimuat naik di TikTok (@christyemilylove), pelbagai produk makanan dan minuman yang berkualiti memenuhi pantri itu.
Malah pantri bukan setakat dipenuhi makanan kudapan, tetapi juga makanan berat seperti sardin, bebola daging dan kambing perap. Christy turut menyediakan berkotak-kotak kurma buat pekerjanya sempena bulan Ramadan ini.
Minuman yang disediakan pula termasuk air sparkling, susu, minuman yogurt dan minuman pre/probiotik.
Christy bukan sekadar menyediakan makanan dan minuman buat pekerjanya, tetapi juga keperluan diri lain. Siap ada sunscreen, deodorant dan supplement tau.
Difahamkan kesemua barangan yang diletakkan di pantri tersebut berjumlah RM30,000!

Majoriti Produk Di Pantri Berjenama Tempatan
Yang lebih menariknya, majoriti produk yang disediakan merupakan jenama tempatan termasuk Farm Fresh, Yusuf Taiyoob, Aik Chong, Hygr dan Pak Mat Western pun ada! Bagus betul bila jenama tempatan saling ‘support’ satu sama lain kan 😍
Walaupun video tersebut agak panjang dengan durasi sekitar empat minit, tapi korang mesti tak jemu menontonnya sampai habis.
Mungkin ramai berasa pelik apabila pantri dipenuhi makanan di bulan Ramadan, namun Christy berkata terdapat pekerja Muslim yang berbuka puasa di pejabatnya.

Pantry restock sempena bulan Ramadan 🌙 Siap dengan Vitamin & buah kurma untuk kekal cergas pada bulan puasa ❤️ @farmfreshmilkmalaysia @insidescoopmy @aikcheongcoffee @vitahealthmy @myeurekasnack @kintryco @yusuftaiyoob.hq @pakmatwesterncafee @thetappingtapir @joybean.my @my.parisbaguette @bilabila.mart @hygr.my @softsrvemy YakultMalaysia
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Puji Usaha Christy Ng Jaga Kebajikan Pekerja
Majikan seperti usahawan dan pereka fesyen terkenal terbabit sudah tentunya akan dihujani pujian oleh orang ramai. Pantri yang begitu penuh itu sehingga menyebabkan ada yang berseloroh sama ada kesemua kakitangan Christy Ng tinggal di pejabat itu.
Dalam masa sama, mereka juga membandingkan sikap Christy dengan majikan sendiri yang seolah-olah tidak mengendahkan kebajikan mereka.
Di samping itu, orang ramai bukan setakat memuji usaha murni Christy, tetapi juga tanggungjawab sosialnya apabila menyediakan jenama lokal dan tidak meletakkan sebarang jenama yang dikaitkan dengan Israel di pantri pejabatnya.
Malah kebaikan Christy juga membuatkan seorang wanita berhasrat untuk membeli produknya buat pertama kali sebagai tanda sokongan.















Christy Ng Hasilkan Surau Buat Pekerja Muslim
Christy sebelum ini juga telah membina sebuah surau yang besar dan selesa berbanding bilik kecil yang digunakan sebagai tempat solat sebelum ini.
Berkonsepkan ‘modern jungle’, ia direka sendiri oleh team di Christy Ng. Memang nampak menenangkan dan selesa.
Bukan setakat itu sahaja, dia turut menyediakan barangan solat berjenama tempatan Siti Khadijah termasuk telekung, sejadah dan jubah bagi pekerja lelaki.
“Kewajipan Christy sebagai majikan dah ditunaikan. Tinggal kewajipan masing-masing. Jangan jadikan surau ini tempat ponteng kerja,” katanya.
Solat jangan tak solat
Baca Artikel Berkaitan: “Bos Yang Aku Respect! – Ramai Puji Christy Ng Ubah Suai Surau Selesa Buat Pekerja
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Beratur Panjang, Ramai Bangga Christy Ng Buka Butik Pertama Di Indonesia
Baca Artikel Berkaitan: Christy Ng Kongsi Pengalaman Mula Niaga Dari Rumah, Kini Ada 11 Cawangan Seluruh Malaysia

![Kontroversi Penyampai ERA: “Ia Tarian Entrance Muay Thai Miki Ghazali, Bukan Kavadi” – Peguam [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![Tular Penguat Kuasa Diserang Penjaja Bazar Ramadan, Ini Penjelasan DBKL [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)

![“Eksperimen Sains Ke?”- Wanita Buat Vanila Sarsi Macam Khairul Aming Sampai Berbuih Bikin Dekah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)