Tular Poster Upacara ‘Tribute’ Untuk Liam Payne Bakal Diadakan Di KL, Netizen Selar Penganjur

Entertainment
25 Oct 2024 • 1:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemergian penyanyi yang juga bekas anggota boyband popular, One Direction iaitu Liam Payne pada 16 Oktober lalu masih dirasai peminat yang meratapi kehilangannya.

Di beberapa negara, para peminat Liam Payne berhimpun untuk upacara penghormatan khas mengenai penyanyi itu termasuklah di negara jiran kita.

Dalam pada itu, dikhabarkan peminatnya di sini juga bakal menjalankan upacara sedemikian di ibu negara pada 26 dan 27 Oktober ini.

Menerusi poster tular itu, peminat kumpulan One Direction yang digelar Directioners diseru untuk hadir ke acara tribute kepada mendiang.

“Buat seluruh Directioners yang hebat di Malaysia, ayuhlah sama-sama menyertai acara ini untuk meraikan memori yang tersemat dalam diri kita dan memperingati legasi indah Liam.”

Beberapa stesen radio tempatan dilihat berkongsi poster terbabit dengan menyeru semua Directioners untuk membawa barang memorabilia seperti foto, bunga, lilin dan apa-apa barangan kesukaan mendiang.

Dalam hantaran sama, lokasi spesifik mengenai acara ini hanya akan dimaklumkan kepada mereka yang menghubungi nombor telefon yang tertera pada poster.

image is not available

Netizen selar penganjur

Perkongsian terbabit telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya kurang bersetuju dengan upacara yang akan diadakan di sini kerana dianggap bertentangan dengan budaya masyarakat di Malaysia.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Menerusi semakan Lobak Merah, poster berkenaan telah pun dipadamkan oleh stesen-stesen radio terbabit.

Terdahulu, Payne disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari balkoni tingkat tiga di sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

Media melaporkan, hasil ujian toksikologi menemui pelbagai jenis dadah dalam badan Payne.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.