Tular Pula Video ‘Friendship Kiss’ Redza Rahadian Dan Bunga Cinta Lestari Di Hari Pernikahan

Entertainment
7 Dec 2023 • 11:03 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari, selamat melangsungkan pernikahan bersama suami baru, Tiko Aryawandha, baru-baru ini.

Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila BCL dan suami kelihatan berhibur dengan minum keras di sebuah kelab malam.

Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan pelakon popular, Reza Rahadian peluk serta cium BCL di hari pernikahan menjadi bualan warganet.

Menerusi video tersebut, kelihatan Redza telah mencium pipi dan dahi BCL setelah aktres terkenal berkenaan sah bergelar isteri kepada Tiko.

https://www.tiktok.com/@demiapezik/video/7308732553890958598

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan tindakan Redza dan BCL melampaui batas, malah ianya dilakukan dihadapan Tiko.

image is not available

image is not available

Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah peminat yang mempertahanan kedua-dua pelakon itu dengan menyatakan BCL sudah menganggap Reza sebagai abangnya sendiri.

image is not available

Bunga Cinta Lestari memilih untuk bernikah bersama Tiko selepas tiga tahun menjadi balu, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Jodoh, ajal dan maut kan ditangan Tuhan. Kita ni mampu merancang je.

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)