(VIDEO) Tular Video Reza Rahadian Peluk & Cium BCL Di Hari Pernikahan?

Entertainment
7 Dec 2023 • 9:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, pelakon dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari, baru-baru ini baru saja selesai melangsungkan hari pernikahannya bersama suami baru, Tiko Aryawandha selepas tiga tahun menjadi balu, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Sejak sah bergelar suami isteri, pelbagai cerita ‘panas’ mengenai pasangan itu tular di media sosial dan yang terbaru, video memaparkan pelakon popular, Reza Rahadian peluk serta cium BCL di hari pernikahan menjadi bualan netizen.

Dapat dilihat dalam video itu, Reza mencium pipi serta dahi BCL setelah aktres tersebut sah bergelar isteri kepada Tiko.

Sememangnya ia mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen pertikai tindakan mereka yang disifatkan melampaui batas, lagi-lagi lakukan perkara itu di hadapan Tiko.

image is not available

Namun begitu, ada juga beberapa minat yang tampil pertahankan kedua-dua pelakon itu dengan berkata BCL sudah menganggap Reza sebagai abangnya sendiri.

image is not available 24 hours ago

"Dia Diri Jeling Arah Kami" - Individu Dedah Sikap Baran BCL, Mengamuk Berebut Makanan Depan Suami Baru