Tular Rakaman Dashcam Kemalangan Ngeri Kereta Rempuh Motorsikal Lawan Arus Di Lachau

25 Sep 2022 • 1:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular video kemalangan ngeri di media sosial

Tular Rakaman Dashcam Kemalangan Ngeri Kereta Rempuh Motorsikal Lawan Arus Di Lachau. Kita kalau dekat atas jalanraya, kita memang selalu kena pesan supaya berhati-hati. Tapi, bila kita dah berhati-hati, ada pula yang lain yang suka hati.

Bila dah suka hati tu memang ada yang binasa seperti yang terakam dalam video yang telah tular di media sosial. Video kemalangan ngeri yang berlaku di kawasan Lachau tersebut menyaksikan secara langsung bagaimana sebuah kereta merempuh sebuah motorsikal.

image is not available
Tular Rakaman Dashcam Kemalangan Ngeri Kereta Rempuh Motorsikal Lawan Arus Di Lachau. Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Motorsikal lawan arus punca kemalangan

Video yang terakam oleh dashcam kereta yang terlibat itu sendiri diyakini boleh dijadikan bukti bahawa punca sebenar kemalangan ngeri ini disebabkan oleh kecuaian pembonceng motorsikal. Motorsikal yang dirempuh tersebut telah melawan arus dengan mengambil cara singkat untuk menyeberangi ke jalan yang bersebelahan.

image is not available
Tular Rakaman Dashcam Kemalangan Ngeri Kereta Rempuh Motorsikal Lawan Arus Di Lachau. Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Kecuaian ini telah mengakibatkan pemandu kenderaan gagal untuk memperlahankan kenderaannya serta-merta lalu merempuh motorsikal tersebut. Berdasarkan pemerhatian daripada video dashcam tersebut, terlihat dengan jelas pembonceng motorsikal tersebut terpelanting ke arah cermin kereta sehingga kelihat retak.

Netizen bersetuju kereta perlu ada dashcam

Dengan tularnya video ini, netizen tidak ketinggalan untuk meninggalkan pandangan masing-masing di ruangan komen dimana mereka banyak yang menyokong bahawa kereta pada masa kini perlu memiliki sebuah dashcam untuk hal-hal sedemikian.

image is not available
Tular Rakaman Dashcam Kemalangan Ngeri Kereta Rempuh Motorsikal Lawan Arus Di Lachau. Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Semoga kedua-dua mangsa terlibat kemalangan ini dipermudahkan urusan dan semoga dengan tularnya video ini dapat dijadikan pengajaran untuk khalayak ramai.

Banyak kemalangan yang terjadi dan terakam oleh dashcam. Boleh baca artikel selanjutnya untuk mengetahui isu yang berkaitan: