Tular Rakaman Kanak-Kanak Lelaki Kejar & Berpaut Pada Kereta Sebelum Terjatuh Di Tepi Lebuh Raya [Video]

10 Nov 2026 • 1:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap hari, ada sahaja kisah dan sikap pengguna jalan raya yang sempat dirakam dan dikongsikan di media sosial yang mendapat perhatian warganet.

Kanak-Kanak Lelaki Cuba Masuk Tempat Duduk Belakang Selepas Bercakap Dengan Individu Dewasa

Antaranya seperti perkongsian video tular yang memaparkan insiden seorang kanak-kanak lelaki yang mengejar sebuah kereta sehingga terjatuh selepas didakwa ditinggalkan berhampiran Plaza Tol Nilai.

Menerusi video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tular yang dikongsikan di Threads @dayamzah, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Axia pada mulanya dilihat berhenti di tepi jalan di belakang sebuah lori.

Melalui rakaman tersebut, dapat dilihat seorang lelaki dewasa dipercayai bapa kanak-kanak terbabit sedang bercakap dengannya di tepi kenderaan itu.

Setelah beberapa ketika, lelaki dewasa itu kemudiannya dilihat masuk ke bahagian pemandu manakala budak lelaki berkenaan cuba masuk di tempat duduk bahagian belakang pemandu.

Namun kanak-kanak terbabit kemudiannya mengubah kedudukan dengan cuba memasuki kenderaan dari bahagian kiri tempat duduk belakang.

Kanak-Kanak Lelaki Terjatuh Ketika Cuba Mengejar & Berpaut Kereta Selepas Gagal Masuk

Apa yang menjadi perhatian adalah kereta Axia terbabit dilihat terus meninggalkan lokasi itu meskipun kanak-kanak berkenaan belum sempat masuk ke dalam kenderaan terbabit dan memegang handle pintu kereta berkenaan.

Malah, budak lelaki itu dilihat cuba mengejar kenderaan tersebut sehingga dia terjatuh di tengah jalan raya dek kerana tidak dapat mengejar kelajuan Perodua Axia berkenaan.

Kanak-Kanak Lelaki Diselamatkan Penunggang Motosikal

Walau bagaimanapun, mangsa kemudiannya sempat diselamatkan dan ditarik oleh penunggang motosikal yang kebetulan berada di bahu jalan.

Dakwa pengguna itu menerusi ruangan komen, bapa kanak-kanak terbabit kemudiannya berpatah balik dengan hanya berjalan kaki.

Pada masa sama, dia turut mendakwa ambulans telahpun tiba untuk membawa kanak-kanak itu bagi mendapatkan rawatan.

Kongsi pengguna berkenaan kepada BuzzKini, kanak-kanak lelaki yang dipercayai berusia dalam linkungan 10 sehingga 12 tahun itu mengalami luka pada bahagian kaki dan tangan kesan terseret di jalan raya.

Jelasnya, dia menyaksikan insiden terbabit kerana kebetulan sedang berhenti di tepi jalan ketika menunggu adiknya untuk melepasi plaza tol berkenaan.

Dakwa pengguna itu lagi, dia juga telahpun dihubungi oleh pihak polis berhubung kejadian berkenaan.

Berdasarkan butiran pada rakaman kamera dashcam berkenaan yang turut tular di Facebook, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.21 petang semalam (9 November).

Pun begitu, kami tidak dapat mengesahkan sama ada lelaki dewasa berkenaan sememangnya sengaja meninggalkan kanak-kanak terbabit atau tidak menyedari kanak-kanak itu belum masuk ke dalam kereta.

Polis Sahkan Terima Laporan & Buka Kertas Siasatan Berhubung Kejadian

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Johari Yahya dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.02 malam tadi.

Jelasnya, polis kini telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki terdapat unsur pengabaian atau perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak.

“Usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti pemandu kenderaan, kanak-kanak yang terlibat serta mendapatkan rakaman asal dan keterangan saksi bagi membantu siasatan,” katanya.

Ramai Berang Dengan Tindakan Si Bapa Tinggalkan Anak Tepi Jalan

Perkongsian video yang telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan bapa kanak-kanak terbabit yang meninggalkan budak lelaki itu sehingga mangsa mengejar dan terjatuh di tengah jalan raya..

Malah, ada yang mahu bapa kanak-kanak berkenaan diambil tindakan atas perbuatannya itu.

Pada masa sama, ramai juga yang turut bersimpati dengan nasib kanak-kanak berkenaan.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Tolong La, Budak Tu Tak Minta Pun Dilahirkan Dekat Dunia. Kau Sebagai Bapa Jangan La Buat Macam Tu. Walau Marah Sekalipun, Jangan Bahayakan Nyawa Anak Sampai Macam Tu Sekali”

Image from: Tular Rakaman Kanak-Kanak Lelaki Kejar & Berpaut Pada Kereta Sebelum Terjatuh Di Tepi Lebuh Raya [Video]

“Allah Kesiannya, Pedih Tengok Luka”

Image from: Tular Rakaman Kanak-Kanak Lelaki Kejar & Berpaut Pada Kereta Sebelum Terjatuh Di Tepi Lebuh Raya [Video]

“Si Bapa Boleh Didakwa Kerana Mendatangkan Bahaya Kepada Si Anak! Apa Gila Buat Macam Ni Dekat Anak”

Image from: Tular Rakaman Kanak-Kanak Lelaki Kejar & Berpaut Pada Kereta Sebelum Terjatuh Di Tepi Lebuh Raya [Video]

“Tengok Video Pun Sedih, Kesiannya. Kita Ni Garang Dengan Anak Pun Tak Sampai Hati Nak Tinggal Tepi Jalan”

Image from: Tular Rakaman Kanak-Kanak Lelaki Kejar & Berpaut Pada Kereta Sebelum Terjatuh Di Tepi Lebuh Raya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Siap Tendang Stroller! Tular Rakaman Video CCTV Ibu Bapa Didakwa Marah & Kasari Anak Dalam Lif Kerana Berebut Kereta Sorong

Baca Artikel Berkaitan: Konon Untuk Mengajar, Lelaki Tendang Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Kerana Didakwa Mencuri [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved