Kanak-kanak 11 tahun ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai

6 Nov 2026 • 8:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kanak-kanak 11 tahun ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai

SHAH ALAM, 6 NOV: Kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Desa Subang Perantau 2, Subang Perdana, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong, Pelabuhan Klang dan Shah Alam bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3 petang.

“Kita turut mendapatkan bantuan tambahan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Pelabuhan Klang dan Shah Alam untuk menjalankan kerja menyelamat dan pencarian,” katanya menerusi kenyataan.

Ashrul Riezal berkata pasukan penyelamat menemukan mangsa di tebing sungai berhampiran pada jam 5.20 petang.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved