
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap hari, ada sahaja kisah pengguna jalan raya yang dipaparkan di media sosial. Kebiasaannya tentang sikap segelintir individu yang menjadi punca kemalangan.
Selain itu, pernah tular juga sikap segelintir individu yang berlagak samseng jalan raya sehingga mencetuskan ketegangan atau menakutkan orang lain.
Lelaki Berang, Bawa Keluar Kayu Besbol Dipercayai Ketuk Kereta Wanita
Semalam (21 Mei) tular di media sosial rakaman video kamera papan pemuka (dashboard) seorang lelaki yang berang dan memarahi seorang pemandu wanita.
Menerusi video tular, kelihatan lelaki berkenaan memberhentikan kereta Toyota Vios berwarna biru di hadapan kereta milik wanita terbabit dan keluar dari kenderaannya.
Apa yang menjadi perhatian adalah dia kelihatan begitu berang malah keluar bersama sebatang kayu besbol di tangan.
Kedengaran bunyi ketukan pada kereta wanita itu dipercayai dilakukan oleh lelaki terbabit menggunakan kayu besbol yang dibawa.
Manakala, pemandu wanita terbabit menjerit ketakutan dan meminta pertolongan.
Lelaki Bawa Keluar Bayi Dari Dalam Kereta
Lelaki itu kemudiannya dilihat berpatah balik ke Toyota Vios sebelum mengeluarkan seorang bayi perempuan yang dipercayai anaknya sendiri.
Dia sekali lagi memarahi pemandu wanita terbabit sambil menunjuk dan menggendong bayi tersebut manakala tangan kanannya masih memegang kayu besbol berkenaan.
Menerusi rakaman itu juga, dapat dilihat seorang wanita turut keluar dari bahagian kiri Toyota Vios dan berkata sesuatu kepada pemandu wanita itu.
Pengguna Jalan Raya Bantu Redakan Keadaan
Tindakan lelaki terbabit nyata menarik perhatian pengguna jalan raya yang melihat.
Pertengkaran itu kemudiannya dileraikan oleh seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan tersebut sebelum pemandu Vios Dugong itu berlalu pergi.
Menerusi butiran pada dashcam dan hantaran tular di media sosial, kejadian dipercayai berlaku pada semalam (21 Mei) kira-kira jam 2.31 petang di Jalan Dato’ Jaafar, Johor Bahru, Johor berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Larkin 2.
Malah, cermin sisi kereta dipercayai pemilik dashcam turut patah dalam kejadian berkenaan.

Warganet Beri Pelbagai Reaksi Insiden Lelaki Berang Bawa Kayu Besbol
Perkongsian yang sohor di media sosial dan mendapat 2.9 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat insiden terbabit.
Ada sesetengah berpendapat wanita terbabit mungkin telah melakukan sesuatu yang mencetuskan kemarahan lelaki terbabit hingga dia bertindak sedemikian apatah lagi tiada rakaman video sebelum kejadian yang ditunjukkan.
Namun, ada netizen berpendapat lelaki terbabit tidak seharusnya bertindak mengikut perasaan apatah lagi menggunakan objek keras untuk merosakkan kereta wanita itu meskipun dia menjadi punca kemarahannya.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Mesti Ada Sebab Kenapa Dia Marah Sampai Macam Tu, Aku Tak Back Up Sesiapa. Betul Atau Salah Kekadang Bukan Semuanya Betul Dalam Video”

“Mesti Owner Dashcam Ada Buat Apa-Apa Sampai Diorang Marah. Yela Bawa Anak Kot, Mahu Mengelak Terbabas, Anak Kecil Lagi. Dia Memang Salah Sebab Keluar Kayu Besbol Tapi Kesalahan Awak Tak Tunjuk”

“Jika Owner Dashcam Salah Sekalipun, Ambil Sahaja Nombor Pendaftaran Kereta & Terus Buat Aduan Ke MySikap JPJ”

“Bayangkan Ini Contoh, Kau Bawa Anak Kecil Tiba-Tiba Brek Kecemasan Sebab Ada Orang Keluar Simpang Tak Tengok Kiri Kanan, Apa Tindakan Korang? Tapi Apa Pun Bab Merosakkan Harta Benda Ini, Matlamat Tak Menghalalkan Cara”

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Salah, Lagi Nak Baran” – Pemandu Myvi Berang Kena Hon Selepas Halang Laluan Dikecam [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kurang Ajarnya” – Ramai Bengang Lihat Pemandu Biadap Ketika Ditahan Polis Trafik [Video]
