Tular Remaja Perempuan Kasari Rakan Lelaki, Mangsa Dedah Menangis Sebab Hal Keluarga

4 Sep 2025 • 11:51 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular sebuah rakaman insiden melibatkan dua pelajar Tingkatan 5 di sebuah kawasan perumahan di sini semalam apabila seorang remaja perempuan dilihat bertindak kasar terhadap rakan lelakinya.

Menerusi rakaman tersebut, remaja perempuan terbabit dilihat mencubit, memulas jari, menolak badan serta menarik kolar baju pelajar lelaki berkenaan.

image is not available

Remaja Perempuan Kasari Rakan Lelaki

Berkaitan dakwaan kononnya kunci motosikal dirampas, pelajar lelaki itu tampil menafikan perkara tersebut.

“Pasal kunci motor kena ambil tu, bohong sahaja.
“Sebenarnya saya memang nak duduk situ sekejap senab nak redakan amarah saya,”jelasnya.

image is not available

Walau bagaimanapun, penjelasan itu turut mendapat perhatian selebriti yang juga pempengaruh, Ariz Ramli atau lebih dikenali Caprice yang menyatakan dirinya tidak pasti, namun berharap lelaki berkenaan mengambil nasihat diberinya.

image is not available

Insiden berkenaan kekal menjadi perbualan hangat di media sosial dengan warganet menzahirkan kebimbangan terhadap tingkah laku remaja yang dilihat memerlukan bimbingan sewajarnya.

Sumber: Instagram capricedaddycap