
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Layang-layang merupakan salah satu permainan tradisi yang sering dimain oleh kanak-kanak atau bersama keluarga apabila ada waktu kelapangan.
Namun permainan ini perlulah dimain di tempat yang bersesuaian seperti taman permainan atau kawasan padang yang luas.
Ini bertujuan agar tali yang digunakan untuk bermain layang-layang terbabit tidak mendatangkan bahaya kepada orang ramai mahupun pengguna jalan raya.
Individu buat laporan polis selepas terkena tali layang-layang
Baru-baru ini seorang lelaki yang juga penunggang motosikal membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan akibat tersangkut pada tali layang-layang yang merentang di tengah jalan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, awalnya rider yang juga mangsa memaklumkan dia berada di Taman Tasik Metropolitan Kepong, Gombak.
Dia meminta pihak berkuasa mengambil tindakan serta menunjukkan layang-layang yang tersangkut pada lampu tiang di tengah lebuhraya.
“Kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan, layang-layang sampai seberang dekat jalan raya besar ni.
“Yang lagi sakit yang ini (sambil menunjuk lehernya), ni nasib baik pakai kain. Kalau tak pakai kain habis ni putus ni. Habis berbelit tali dekat sini,” ujarnya.
Baju koyak, manakala beg galas dibawa putus
Malah rider itu turut menunjukkan keadaan bajunya koyak dan begnya tersangkut hingga putus.
Bukan hanya itu, kelihatan leher mangsa seperti melecet akibat insiden itu. Susulan daripada perkara itu, dia kemudiannya tampil membuat laporan kepada Balai Polis Kepong.
Video dikongsi hanya beri kesedaran kepada penunggang motosikal lain
Jelasnya video yang dikongsikan adalah kesedaran untuk semua rider yang melalui jalan berkenaan pada waktu petang untuk berhati-hati agar perkara sama tidak menimpa mereka.
“Ini bukan soal laju, jalan berbukit kereta pun banyak bawa perlahan sebab ramai orang parkir tepi lebuhraya (siapa yang selalu lalu MRR2 depan taman layang-layang tu akan faham keadaan jalan tu). Ada dua tiga rider juga yang kena tersangkut tali layang-layang tapi di bahagian tangan dan badan.
“Video yang saya kongsi hanya untuk kesedaran kepada rider-rider yang lalu jalan tu waktu petang hati-hati dengan layang di atas. Takdir saya kena hari ini, saya terima.
“Terima kasih banyak kepada semua yang mendoakan kesihatan saya, luka kecil sahaja saya akan sembuh dalam masa terdekat insya-Allah.”

Polis buka kertas siasatan penunggang motosikal cedera kena tali layang-layang
Terbaharu polis telah pun membuka satu kertas siasatan berhubung insiden terbabit.
Jelas Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisonner Mohd Zamzuri Mohd Isa pihak polis telah terkesan video memaparkan rider yang terkena tali layang-layang, pada 21 Julai.
Katanya siasatan awal mendapati pada jam 6 petang sewaktu mangsa berusia 27 tahun sedang menunggang motosikal di lorong tengah jalan dan tanpa disedar terlanggar tali layang-layang yang tersangkut di badan seterusnya ke leher sebelum tali terbabit putus.
“Mangsa kemudian berhenti di tepi jalan dan mengalami kecederaan lecur di leher dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik.
“Penunggang motosikal juga tidak terjatuh semasa kejadian,” ujarnya, lapor Buletin TV3
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Source:


![Bukan Sekadar Fesyen, Ini Sebab Cermin Mata Hitam Penting Ketika Cuaca Panas [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

![YouTuber US Puji Malaysia Bersih, Langsung Tak Nampak Sampah Di Stesen MRT [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)