Tular Siti Samarahan Kini Berada Di Semenanjung, Netizen Khuatir Akan Keselamatannya

25 Dec 2022 • 3:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Orang Samarahan pasti kenal dengan Siti yang popular dengan ayat ‘mintak 3 ringgit lok’

Tular Siti Samarahan Kini Berada Di Semenanjung, Netizen Khuatir Akan Keselamatannya. Bukan orang Samarahan kalau tak kenal dengan insan bernama Siti ini. Bahkan, orang yang bukan asli orang Samarahan, hanya sekadar seorang pelajar juga mengenali insan ini. Boleh kata, satu Sarawak memang tahu insan ini.

Manakan tidak, satu sahaja ayat popularnya iaitu ‘mintak 3 ringgit lok’ dan kebanyakkan orang awam di sekitar Samarahan pernah terkena. Tetapi, individu yang bernama Siti ini sangat mesra dan ramah jika diajak berborak.

image is not available
Tular Siti Samarahan Kini Berada Di Semenanjung, Netizen Khuatir Akan Keselamatannya. Sumber gambar: FB Hairunisa Ahmad

Kecoh apabila Siti terlihat berada di lapangan terbang dan orang Sarawak berada di Kuala Lumpur berkongsi gambar terserempak dengan Siti

Baru-baru ini telah kecoh di media sosial apabila Siti terlihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan rupanya Siti akan terbang ke Semenanjung. Bahkan, ini turut dibuktikan oleh orang Sarawak yang berada di sana dimana mereka berkongsi gambar mereka terserempak dengan Siti.

image is not available
Tular Siti Samarahan Kini Berada Di Semenanjung, Netizen Khuatir Akan Keselamatannya. Sumber gambar: FB Firdaus Masuut

Difahamkan juga bahawa Siti ini berada di Kuala Lumpur kerana mengikut adiknya ke sana. Namun, kelihatan keadaan Siti seperti sudah biasa dengan keadaan selok-belok jalan di sana. Bahkan, banyak juga yang terserempak dengan Siti di tempat yang berlainan seperti di Jalan TAR, di Sogo dan di sekitarnya.

Netizen khuatir akan keselamatannya kerana keadaan di sana tidak sama dengan di Sarawak

Walaupun demikian, ada sesetengah netizen khuatir akan keselamatan Siti kerana keadaan di Kuala Lumpur tidak sama seperti keadaan di Sarawak.

image is not available
Sumber gambar: FB Firdaus Masuut

Semoga Siti baik-baik sahaja di tempat orang dan diharap orang awam disana tidak melakukan hal yang tidak baik terhadap Siti.

Dekat Semenanjung sememangnya banyak juga tempat yang sinonim dengan orang Borneo seperti: