Tular Tangkapan Skrin Pelanggan Taip Pergi Matu Jadi Pergi Mati Buat Netizen Berdekah

25 Nov 2022 • 5:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Taip perkataan lain, tapi keluar perkataan lain. Kalau senang baca, okay lagi tapi kalau bawa maksud lain?

Tular Tangkapan Skrin Pelanggan Taip Pergi Matu Jadi Pergi Mati Buat Netizen Berdekah. Normal lah kan kalau kita menaip sesuatu pesanan pasti ada kesalahan ejaan berlaku. Terkadang telefon bimbit kita sudah diatur tetapannya sehingga sesuatu perkataan yang ditaip tersebut menjadi ejaan perkataan yang lain pula.

Kalau perkataan yang ditaip dan menjadi perkataan yang lain tersebut agak mudah bacaan atau maksudnya mungkin okay lagi. Kalau jauh sangat menyimpang tu, pasti jadi isu jugak.

image is not available
Tular Tangkapan Skrin Pelanggan Taip Pergi Matu Jadi Pergi Mati Buat Netizen Berdekah. Sumber gambar: amanz

Kongsi gambar tangkapan skrin pelanggan taip Matu jadi mati buat penerima dan netizen berdekah

Salah seorang pemilik akuan Facebook, Ef Suhaimi telah berkongsi sebuah gambar tangkapan skrin pelanggan beliau kerana pesanan yang dihantar oleh pelanggan tersebut agak mencuit hati.

Beliau yang mengusahakan perkhidmatan sewa kereta agak terperanjat apabila menerima pesanan daripada pelanggan yang mahukan perkhidmatan sewa kereta beliau kerana pelanggan tersebut hendak menuju ke destinasinya di Matu.

Tetapi, pelanggan tersebut telah menaip pesanannya hendak menuju ke mati. Kesalahan ejaan tersebut telah membuat bukan sahaja penerimanya malah segelintir netizen juga turut berdekah dengan kesalahan ejaan tersebut.

image is not available
Tular Tangkapan Skrin Pelanggan Taip Pergi Matu Jadi Pergi Mati Buat Netizen Berdekah. Sumber gambar: FB Ef Suhaimi

Netizen juga tidak meninggalkan peluang yang ada untuk berseloroh. Bermacam-macam gurauan yang berkaitan dengan kata mati tersebut sehingga ada yang bergurau “Naik ke syurga terus ada tak?”. Yang bukan-bukan je.

image is not available
Sumber gambar: FB Ef Suhaimi

Memang kesalahan ejaan dalam pesanan atau “typo” tu memang terkadang boleh mencetuskan kekecohan, salah faham pun boleh jugak tau. Kena hati-hati dan kena periksa dulu sebelum dihantar lah lepas ni.