
Tular Video Aksi Raptai LIMA 2025 Buat Ramai Tak Sabar
Seperti yang diketahui LIMA atau Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi merupakah sebuah acara unik yang menggabungkan elemen aeroangkasa dan maritim, keselamatan pertahanan, serta kepentingan sivil dan komersial.
Acara yang diadakan setiap dua tahun di Pulau Langkawi ini sentiasa mendapat sambutan ramai.
Tahun ini, LIMA akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resorts World Langkawi.
Sudah tentu, ramai peminat tanah air sudah tidak sabar menantikan acara ini.
Baru-baru ini, tular satu rakaman memaparkan pertunjukan udara dipercayai raptai LIMA 2025.
Dalam klip berdurasi 39 saat itu memaparkan pelbagai pesawat tentera terbang dalam formasi sewaktu melakukan latihan.

Sementara itu, orang ramai juga dilihat tidak melepaskan peluang untuk menonton sesi latihan itu termasuk merekod aksi itu dengan telefon pintar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa teruja untuk menantikan acara itu pada bulan Mei depan.
Bahkan ada yang berkongsi fakta-fakta menarik mengenai pesawat.
Berikut antara komen pengguna;
“Fun fact : apa yang dirasai secara live gegaran & bunyi deruman jet sangat-sangat berbeza dengan apa yang anda tegok di dalam video. Adrenalin anda membuak-buak,” komen seorang pengguna.
“Kita nak tau tiket masuk beli online atau ada dekat kaunter sana ya? berapa harga per 1,” tulis seorang lagi.
“Wow terbaik hebat lah,” kongsi seorang lagi
LIMA’23: Aset Maritim Negara Mula Dipertonton Kepada Orang Awam
Terdahulu, umpama menonton babak-babak mencemaskan dalam filem PASKAL, pembukaan rasmi Segmen Maritim sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) di Resort World Langkawi dekat sini benar-benar memukau sesiapa yang menyaksikannya.
Ia bermula dengan beberapa perenang tempur Pasukan Khas Laut (PASKAL) terjun dari helikopter operasi maritim AW139 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum bergerak secara senyap, pantas dan ketepatan yang jitu, menyelam ke arah kolam infiniti berhadapan dengan pentas utama.
“Tuan-tuan dan puan-puan, para penyelam sudah berada di sini! Mereka berjaya menghampiri pentas utama tanpa dapat dilihat, dikesan dan dijangka,” kata pengacara majlis, menyebabkan semua hadirin tidak henti-henti mengambil gambar dan video dengan telefon bimbit masing-masing.
Dua anggota PASKAL terbabit membawa kotak berisi plak perasmian kepada Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob untuk diserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyempurnakan perasmian segmen itu.
Sumber: TikTok @pozihashim11
The post Tular Video Aksi Raptai LIMA 2025 Buat Ramai Tak Sabar appeared first on Siakap Keli.




