Tular Video Banglo Mewah ‘Retro’ Di Bukit Tunku Terbiar, Sempoi Tunku Azizah Terus Tanya – “Untuk Dijual Ke?”

18 Apr 2024 • 2:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Banyak sektor pekerjaan yang menggunakan kelebihan media sosial untuk menguar-uarkan kerja masing-masing dan ia sudah tentu lebih memudahkan dan turut membantu perniagaan.

Antara sektor yang semakin aktif menggunakan media sosial adalah ejen atau perunding hartanah di mana mereka akan berkongsi mana-mana rumah mahu pun bangunan untuk dijual.

 

Rumah agam masih kukuh tapi terbiar

Seperti video yang tular di TikTok ini selepas ia dimuat naik oleh satu akaun yang memaparkan sebuah banglo mewah kosong terbiar di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Menerusi rakaman itu, kediaman tersebut dilihat masih kukuh sejak ia dibina pada tahun 1980-an dan kekal dengan reka bentuk rumah dulu dulu.

Bahagian dalam banglo tersebut juga dilihat masih elok dan ada bahagian yang masih mempunyai perabot serta kabinet yang sudah usang.

 

Sempoi Tunku Azizah tanya

Salah satu komen di hantaran itu turut meraih perhatian kerana ia adalah daripada akaun Tunku Azizah yang bertanya sama ada banglo tersebut untuk dijual.

Bagaimanapun, menurut seorang individu akaun yang memuat naik video banglo terbiar itu bukanlah ejen hartanah sebaliknya hanya individu yang membuat konten.

image is not available

Sementara itu, sesetengah warganet tertanya mengapa banyak rumah agam atau banglo mewah yang terbiar di kawasan Bukit Tunku.

image is not available 6 days ago

(VIDEO) "Muka Iras Noor Nabila.." - Tunku Azizah Perkenal Wanita Pilihan Tengku Hassanal?