
Semalam, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak menangis teresak di samping mayat ibunya yang dipercayai mati dibunuh.
Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi wartawan mengesahkan kejadian itu.

Polis turut mengesahkan kejadian yang berlaku di Kampung Icebox, Tawau, petang semalam itu adalah kes bunuh. Setakat ini, pasukan polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti punca kejadian.
Kredit: Kosmo!
The post Tular Video Budak Berlumuran Darah Menangis Di Sebelah Mayat Ibu, Punca Sebenar Disiasat appeared first on Oh! Media.



