Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tindakan mengambil sesuatu barangan yang dijual dari kedai secara senyap atau tanpa pengetahuan peniaga boleh dianggap sebagai perbuatan mencuri.
Malah individu yang melakukan perbuatan tersebut turut boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah.
Tular lelaki didakwa ambil hamster dari sebuah kedai menjual barangan haiwan
Baru-baru ini seorang peniaga kedai barangan haiwan di Pasir Gudang, Johor telah meminta seorang individu yang didakwa telah “meminjam” (mengambil) seekor hamster daripada kedainya.
Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh Muhammadnuraiman di Threads, awalnya kelihatan seorang lelaki datang melihat hamster bersama isteri dan anaknya yang diletakkan di dalam bekas di hadapan kedai.
Masukkan tangan dalam bekas dan keluarkan hamster masuk dalam beg, tindakan dilihat oleh anak kecil
Lelaki itu kemudiannya dilihat memasukkan tangan pada bekas salah sebuah yang mempunyai hamster sebelum bertindak mengeluarkan haiwan peliharaan tersebut.
Selepas mengeluarkan hamster tersebut, dia dilihat memasukkan haiwan terbabit ke dalam sebuah beg silang yang dipakainya sebelum mereka sekeluarga berlalu pergi meninggalkan kawasan kedai.
Peniaga minta lelaki pulangkan semula hamster yang didakwa diambil
Susulan itu, peniaga kemudiannya meminta agar lelaki tersebut memulangkan semula haiwan yang didakwa diambilnya.
“Hai bang. Tolong datang kedai kami semula bang untuk pulang hamster yang abang ‘pinjam’ tu. Sebab cara abang pinjam tu tak bagus tu, depan anak-anak dan isteri. Malu lah bang.
“Harga tak mahal mana pun. Tolong ya bang, nanti pulang semula,” katanya.
Beri tempoh seminggu untuk pulangkan hamster dan buat permohonan maaf, hamster diambil bukan untuk dijual tetapi hanya pameran
Muhammad turut memberikan tempoh selama seminggu untuk lelaki terbabit memulangkan semula haiwan berkenaan serta membuat permohonan maaf pada pihaknya.
“Video ni dah mencecah 3.7 tontonan di Facebook. Saya harap dengan kuasa viral ini dapat melembutkan hati abang tu untuk datang berjumpa dengan saya serta buat permulangan.
“Ramai yang mesej saya untuk bantu bayarkan. Saya menolak atas sebab hamster tu bukan untuk dijual, hanya pameran sahaja dan pada akuarium tersebut hanya ada seekor. Kami pamerkan di depan supaya pelanggan boleh tengok-tengok. Mohon maaf sekali lagi.
“Saya faham situasi abang ada kemungkinan anak abang yang nak dan abang bertindak begitu hanya untuk memuaskan hati anak-anak. Saya juga mempunyai anak yang hampir sebaya dengan anak abang.
“Saya tidak mengukur perkara ini berdasarkan duit semata,” ujarnya lagi.
Malah dia menegaskan hanya mahu hamster iu dipulangkan secara baik selain tidak mahu bermusuhan dengan individu yang mengambilnya.
Individu ‘pinjam’ hamster mohon maaf dan mahu pulangkan haiwan peliharaan
Walau bagaimanapun Muhammadnuraiman memaklumkan kepada BuzzKini individu berkenaan sudah pun menghubunginya untuk memulangkan hamster berkenaan.
“Orang yang ambil hamster tersebut sudah pun berhubung dengan saya dan akan pulangkan hamster tersebut,” ujarnya.
Muhammadnuraiman juga memaklumkan individu berkenaan turut memohon maaf serta mengakui kesalahan yang dilakukan.

Ramai kritik tindakan lelaki mengambil haiwan peliharaan tanpa izin di hadapan kanak-kanak
Melihat di ruangan komen ramai yang mengkritik tindakan lelaki tersebut kerana perbuatan itu dilakukan di hadapan anak kecil sekali gus memberikan contoh yang tidak baik.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan tindakan lelaki itu sesuatu yang memalukan selain perkara itu boleh membentuk sikap anak yang melihat.
Ada juga berpendapat hamster merupakan haiwan yang sensitif maka ia perlu dijaga dengan penuh hati-hati.
“Haa inilah punca anak jahat. Bila anak buat hal dekat sekolah, semua salah cikgu, salah sekolah, salah menteri. Mak bapak tak salah”

“Awak boleh melihat mereka seperti sudah biasa melakukannya. Isterinya kelihatan bertenang dan tidak memberi sebarang reaksi kepada tindakan suaminya”

“Malunya mak ayah mencuri depan anak-anak”

“Isteri macam tahu je apa suami dia buat. Tak faham kenapa orang nak tolong bayarkan dan jadi enabler (membenarkan perkara tak sepatutnya). Dia curi hamster tau , dia bukan curi pasal tak ada duit nak makan”



![Tular Pakai Minyak Peket Bersubsidi Malaysia, Influencer Thailand Mohon Maaf & Tampil Beri Penjelasan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/minyak-masak-paket-di-Thailand-1.jpg?t=1789467387)