Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Satu video di media sosial kini sedang tular memperlihatkan seorang lelaki didakwa melakukan tindakan negatif di sebuah kedai haiwan. Dalam video tersebut, lelaki tersebut didakwa telah cuba mencuri seekor hamster dari sebuah sangkar yang dipamerkan di kedai tersebut.
Lebih teruk lagi, kelakuan tidak bermoral itu dipercayai dilakukan depan isteri dan anak-anaknya. Menerusi satu hantaran video di Threads, lelaki tersebut dilihat mendekati sangkar hamster sementara si isteri seakan-akan memandang kiri dan kanan untuk perhatikan keadaan sekeliling.
Artikel berkaitan : Pengantin Lelaki Lafaz Akad Dalam Lokap Lepas Ditangkap Polis Sebab Mencuri Untuk Modal Nikah
Artikel berkaitan : Nafi Bersekongkol, Polis Perjelas Dakwaan ‘Escort’ Kenderaan Pencuri Kabel
Kemudian, lelaki itu dilihat ‘menangkap’ hamster tersebut dan memasukkannya ke dalam beg yang disandang sebelum berlalu pergi.
View on Threads
Memandangkan video tersebut tular, pihak kedai haiwan tersebut mendedahkan bahawa lelaki itu telah memulangkan hamster tersebut. Bagaimanapun, pihak kedai haiwan itu terkilan melihat cara lelaki tersebut memulangkan hamster itu.
Lelaki itu didakwa datang secara senyap dan meletakkan semula hamster itu, sebelum berlalu pergi tanpa bersemuka untuk meminta maaf di atas pebuatannya itu.
Menurut pengirim video, pihak kedai berjaya menghubungi pelaku itu selepas jiran pelaku memberikan nombor telefon kepada pihak kedai setelah melihat video tersebut viral.
Dalam hantaran tersebut juga, pihak kedai meminta hal tersebut diselesaikan di balai polis.
Sumber: Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




