
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular beberapa video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki warga asing yang didakwa mencuri minyak petrol dari sebuah motosikal.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan perakam menegur perbuatan lelaki warga asing berkenaan yang sedang menadah minyak ke dalam botol daripada satu motosikal yang diparkir di sebuah apartment di Tanjung Kupang, Johor.
Dalam video itu turut kedengaran lelaki warga asing itu turut menafikan dia tidak berniat mencuri malah mengatakan dia tidak mempunyai motosikal untuk mencuri minyak terbabit.
Lelaki warga asing itu turut tidak keseorangan sebaliknya ditemani oleh seorang wanita dipercayai warga tempatan.
Kes curi minyak dekat Forest City katanya.. Bini Melayu laki Pakistan.. Kesian orang nak pergi kerja pagi-pagi..
— JalalMisai (@jllmisai) August 11, 2025
Pengurusan Forest City dah boleh bertindak dah, banyak sangat pendatang asing situ.. Sebelum ni pun banyak kes motor hilang, ni paling rare..🤔
🎥 Threads shayang__ pic.twitter.com/MkJCBX752d
Wanita warga emas dan lelaki warga asing tular curi minyak motor kena cekup
Terbaharu, pihak polis telah bertindak menahan seorang wanita warga emas dan juga lelaki warga Pakistan terbabit pada 11 Ogos.
Jelas Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan insiden terbabit terjadi ketika seorang wanita berusia 28 tahun serta suaminya ingin menggunakan motosikal itu jam 7.30 pagi.
“Semasa kejadian pengadu bersama-sama suaminya iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ingin menggunakan motosikal mereka.
“Kemudian mereka menyedari kehadiran dua suspek dalam keadaan mencurigakan dipercayai sedang mencuri minyak motosikal milik suaminya,” ujarnya, lapor Malaysia Gazette.
Menurutnya, menerusi bantuan pihak polis dari apartmen berkenaan suspek kemudiannya ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Kedua-dua suspek tiada rekod jenayah lampau dan negatif dadah
Kedua-dua suspek telah ditahan oleh anggota dari Balai Polis Tanjung Kupang jam 11 pagi semalam (11 Ogos).
Tangkapan yang dilakukan membabitkan seorang lelaki warga Pakistan, 38 tahun serta seorang wanita berusia 60 tahun.
Hasil semakan dilakukan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta hasil ujian air kencing juga menunjukkan mereka negatif dadah.
Polis rampas 2 botol minyak & 2 bilah gunting
Pihak polis turut merampas beberapa barangan seperti dua botol mengandungi petrol serta dua bilah gunting.
“Permohonan reman ke atas tangkapan akan dibuat di mahkamah di sini pada 12 Ogos untuk tindakan lanjut. Siasatan masih dijalankan bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.”
Source:


