Hubungan Didakwa Dingin? Luahan Ibu Anna Jobling ‘Reda Jika Dipenjara’ Raih Perhatian

Entertainment
12 Aug 2025 • 12:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular di media sosial video ibu kepada pelakon wanita popular, Anna Jobling sedang menangis. Difahamkan ketika itu dia sedang berada di balai polis.

Perkara itu secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan netizen yang merasakan terdapat sesuatu perkara yang berlaku di antara aktres itu dan ibunya.

Ibu pelakon terkenal dakwa terima pelbagai tindakan undang-undang termasuk injuksi

Memetik Kosmo, melalui kapsyen pada hantaran tersebut ibu kepada pelakon, Anna Jobling iaitu Ariz Arop memberi bayangan mengenai hubungan mereka seperti dingin.

Dakwa wanita terbabit dia berdepan dengan pelbagai tindakan undang-undang termasuk injuksi iaitu satu perintah mahkamah untuk menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu sehingga telah pasrah dengan apa sahaja yang bakal berlaku kepada dirinya.

“Lelah seorang insan yang bernama ibu. Panggillah seramai mana ‘lawyer’ (peguam) yang kamu nak panggil. Bagilah banyak mana injuksi yang kamu nak bagi, letaklah banyak mana gari kamu nak letak.

“Saya tak gentar, saya dah lalui berbagai onak duri, bergadai nyawa nak besarkan kamu, kalau ini balasan kamu, tak apa. Kalau saya kena masuk penjara pun, saya reda sahaja. Allah ada, Allah Maha Adil,” tulisnya pada hantaran terbabit.

Dakwa dikunci dalam kereta sampai terpaksa tumbuk cermin

Dalam hantaran sama, ibu pelakon itu juga mendakwa dia telah dikunci di dalam kereta sehingga terpaksa bertindak menumbuk cermin.

“Tangan bengkak sebab tumbuk cermin kereta, dikunci dalam kereta, saya jadi panik anxiety attack (serangan keresahan), tiada pilihan. Allah ada, Allah tak tidur.”

Malah dia juga turut berkongsi gambar tangan yang mengalami sedikit kemerahan dipercayai disebabkan insiden terbabit.

Walau bagaimanapun, ibu pelakon itu tidak berkongsi lanjut mengenai butiran aduan yang dilakukan di balai polis berkenaan.

image is not available

Turut menangis sambil teringat penah pesan pada anak tak lupa diri apabila sudah terkenal

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, kedengaran Ariz yang menangis sambil teringat pernah berpesan kepada aktres berkenaan untuk sentiasa tidak melupakan diri.

“Dulu sebelum dia famous (terkenal) akak (Ariz) selalu cakap jangan lupa diri. Adik dah famous jangan lupa diri, famous saja jangan lupa diri.

“Dia betul-betul buang mak dia, dia ingat walaupun dia bagi duit, dia boleh layan akak macam ni. Akak dah macam level anjing kurap dah. Akak bergolok-bergadai keluar kereta, segala barang kemas nak hidup dengan dia, balik dekat Kuala Lumpur (KL).

“Fikir balik, jadi pemandu tak bergaji bawa ke hulu ke hilir. Kita berharap anak kita senang, bolehlah tumpang senang. Harapkan kebaikan seorang anak, macam ni dia buat.

“Tak ada apa pun malam ni gaduh-gaduh sebab banyak benda tak puas hati. Dia tak puas hati, akak tak puas hati tapi dia punya hina tu dia boleh panggil lawyer datang keluarkan dia daripada kereta macam akak nak bunuh dia,” katanya dalam video itu.

Dalam hantaran video di Instagram Story itu, Ariz turut mengatakan pergilah kemana pun, namun jangan pernah lupa bahawa setiap kejayaan itu ada doa dari seorang ibu.

“Terbang setinggi mana kau mahu terbang, tapi jangan lupa dalam setiap kejayaan itu ada doa seorang ibu. Ini yang dikatakan akhir zaman, mak lahirkan ‘TUAN’,” tulisnya di IG Story.

Meskipun tidak menyebut nama anak, beberapa media dan portal mengaitkan status tersebut dengan Anna Jobling.

Namun sehingga kini, Anna Jobling masih berdiam diri dan tiada sebarang respon diberikan berhubung isu terbabit.

Source: