Tak Tahu Serik, Inspektor Buat Hal Lagi Tak Hormat ‘Orang Bawahan’ Raih Perhatian Netizen

20 Jun 2023 • 2:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Inspektor Sheila’ buat hal lagi

Tak Tahu Serik, Inspektor Buat Hal Lagi Tak Hormat ‘Orang Bawahan’ Raih Perhatian Netizen. Masih belum reda cerita mengenai seorang pegawai polis kanan yang mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap anggota bawahan di sebuah kedai makan, satu lagi video yang melibatkan wanita tersebut telah tersebar di laman sosial.

Kali ini, wanita tersebut yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ difahamkan sekali lagi merendah-rendahkan pangkat anggota polis lain.

image is not available
Tak Tahu Serik, Inspektor Buat Hal Lagi Tak Hormat ‘Orang Bawahan’ Raih Perhatian Netizen. Kredit: Twitter

Dalam satu klip video yang tular semalam, kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah balai polis di Seri Petaling, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut keterangan klip video tersebut, pegawai kontroversi itu telah diikat jamin semalam dan hadir ke balai tersebut untuk buat satu laporan.

“Dia dah kena ikat jamin semalam dan datang balik untuk buat report pasal sesuatu. Balai Seri Petaling,” tulis keterangan video tersebut.

image is not available

Semasa berurusan dengan pegawai polis yang bertugas di situ, beliau dikatakan melayan pegawai polis yang lain dengan kasar.

“Nama encik siapa, pangkat apa? Lans koperal, banyaknya lans koperal saya bertemu hari ini.

“In charge siapa, you incharge ke? Minta SM (sarjan mejar) datanglah saya inspektor…lans koperal kan? Pergi panggil SM.

image is not available

“Jangan lans koperal bagi saya arahan…jangan ingat saya takut…pangkat lagi tinggi bagi arahan…jangan main-main dengan aku,” katanya dalam video itu.

Susulan itu, polis Selangor memanggil pegawai wanita terbabit untuk dirakam keterangan berhubung kejadian berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Baca lagi artikel menarik: