Tular Video Kanak-Kanak Pakai Kostum, Usung ‘Tip Box’ Di Parkir Pasar Raya Cetus Perhatian – “Kesiannya, Umur Macam Ni Dah Kena Kerja”

5 Jun 2025 • 12:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video dikongsikan seorang lelaki di TikTok meraih perhatian ramai selepas rakaman itu memaparkan seorang kanak-kanak yang memakai kostum katak di sebuah pasar raya.

Lelaki itu berharap pihak berwajib seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan sesuatu kerana kasihan dengan nasib kanak-kanak terbabit.

JKM, PDRM mana korang? Kanak-kanak tak boleh dibiarkan tanpa penjaga atau dieksploitasi.

Rakaman itu memaparkan kanak-kanak tersebut sedang duduk sebelum didekati orang awam, juga seorang kanak-kanak yang menghulurkan wang kertas kepadanya.

Lelaki yang merakam video itu juga turut mendekatinya dan memberikan makanan seperti snek ringan dan coklat kepada anak kecil itu.

@riz_creative.dev aku yg pakai t-shirt pun dh berpeluh kemarau ni #jkm #katak #lotus #kotabharu #snack ♬ original sound – eban

Rata-rata netizen yang menonton video itu memberikan komen mereka dan berharap agar dia bukanlah tergolong dalam mangsa sindiket atau silent suffering.

Ramai turut mempersoalkan di mana dan mengapa penjaganya tergamak menyuruh kanak-kanak itu berpakai sebegitu dalam cuaca yang panas untuk meraih wang.

Kesiannya, sepatutnya umur begini main dengan kawan-kawwan bukan tugas dia untuk mencari rezeki.

Dalam pada itu, sesetengah individu mencadangkan agar penduduk yang tinggal berdekatan atau orang awam yang ternampak kanak-kanak tersebut untuk membuat laporan kepada pihak JKM.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

Lebih 50 Peratus Kanak-Kanak Dimasukkan Ke Institusi JKM Kerana Diabai Ibu Bapa & Penjaga